Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet para Sarawak sumbang 13 emas kepada negara

- Dari Muka 1

Fatimah berkata, pada APG Ke-12 keseluruha­n spektrum dari segi teknikal, makanan, penginapan dan logistik berjalan lancar, justeru mengucapka­n tahniah kepada negara tuan rumah Kemboja atas penganjura­n yang cemerlang.

Beliau menekankan keperluan untuk menyediaka­n atlet negeri bagi Para SUKMA 2024 di mana Sarawak akan menghadapi saingan sangat sengit daripada negeri-negeri lain, terutamany­a Sabah yang mempunyai ramai atlet baharu yang berwibawa.

“Kita perlu memperheba­tkan TID (Ujian Mengenal Pasti Bakat) kita khasnya, memandangk­an beberapa pemenang pingat emas kita tidak akan layak untuk bertanding pada Para SUKMA apabila mereka mencapai ranking Paralimpik.

“Kepada kerajaan Sarawak, terima kasih atas restu, peruntukan kewangan dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada atlet para kita.

“Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih dan ibu bapa yang menempuh perjalanan bersama-sama atlet, banyak berkorban, mengalami tekanan mental, belajar mengendali­kan kekecewaan serta kegembiraa­n,” ujarnya.

Beliau berkata, kegembiraa­n terbesar bagi atlet para ialah segala yang mereka lalui adalah berbaloi kerana melalui sukan terutamany­a pertanding­an peringkat tinggi, masyarakat mengenali dan menghargai kebolehan mereka walaupun mereka kurang upaya.

Fatimah turut berharap atlet para Sarawak akan terus memberikan yang terbaik dalam setiap kejohanan akan datang termasuk pada Para SUKMA 2024 di mana Sarawak akan menjadi tuan rumah.

Pemenang pingat emas

APG Ke-12 dari Sarawak ialah Mohd Adib Iqbal (3), Fraidden Dawan (3), Mohd Nur Syaiful (3) dan Rusdianto Rusmadi (1) menerusi acara renang, Nicodemus Mangoi (2) dalam acara powerlifti­ng serta Mohd Farissan dan Khairulniz­am Engkeh (1) dalam CP Football 7 sebelah.

Manakala, atlet yang menyumbang pingat perak ialah Azlan Mos (2), Bryan Junency (2) dan Bibiana Ahmad (1) dalam acara powerlifti­ng, Rusdianto Rusmadi (4), Fraidden Dawan (1) dalam acara renang, Gloria Gracia Wong (2) dalam acara pingpong, manakala pemenang pingat gangsa ialah Friday Tan (2) dalam acara bola keranjang WC, Fraidden Dawan (3) dan Mohd Nur Syaiful (2) dalam acara renang, Bibiana Ahmad (1) dalam acara powerlifti­ng dan Abdul Razzaq (1) dalam acara pasangan campuran boccia dan Ashley Irenaues Jeck (1) dalam acara badminton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia