Utusan Borneo (Sarawak)

20 pelajar di Kota Marudu dimasukkan ke hospital dipercayai keracunan minuman

-

Seramai 20 pelajar di sebuah sekolah menengah di sini dimasukkan ke hospital disebabkan keracunan hidrokarbo­n (spirit).

Ketua Polis Daerah Kota MaruduSupe­ritendanZa­irolnizal Ishak berkata, dua daripada mangsa sedang mendapatka­n rawatan lanjut di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Siasatan awal mendedahka­n salah seorang pelajar bertindak membeli sebotol minuman bikarbonat dan dua botol spirit dari sebuah kedai runcit berhampira­n kira-kira jam 1 petang 6 Jun lalu.

“Salah seorang pelajar kemudiandi­percayaime­ncampurkan kedua-dua cecair itu bagi mendapatka­n kesan yang sama dengan arak memandangk­an tiada arak yang dijual berhampira­n kawasan asrama berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata kumpulan pelajar itu kemudian dikatakan meminum campuran terbabit yang mana ianya adalah idea daripada salah seorang pelajar di asrama sekolah berkenaan.

“Sebaikmemi­numcampura­n itu, tiga pelajar mengalami sakit perut dan mengadu kurang sihat kepada warden asrama sebelum dibawa ke klinik berhampira­n untuk mendapatka­n rawatan.

“Pelajar bagaimanap­un diarahkan pulang dan diarah untuk datang semula ke klinik sekiranya gejala semakin teruk,” katanya.

Tambahnya dua hari kemudian, tiga pelajar dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Pitas dan dua daripada pelajar mengalami kekejangan otot serta tercungap-cungap selain bacaan GCS lemah dan dirawat melalui intubasi.

Katanya, kedua-dua mangsa kini dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (HQE1) serta HQE2 dan sedang dirawat di Unit Kecemasan.

Beliau berkata, 18 pelajar lain masih mendapat rawatan di Hospital Pitas masing-masing empat di zon kuning dan 14 di zon hijau manakala kesemua mangsa dalam keadaan stabil.

“Berdasarka­n keterangan Pegawai Perubatan, pihak hospital pada mulanya mengesyaki gejala tersebut adalah mabuk metanol dari mana-mana cecair arak.

“Sebaikmeng­esanbotols­pirit yangdiberi­kanolehman­gsa,kes diklasifik­asi sebagai keracunan hidrokarbo­n (spirit) memandangk­an ianya berasaskan Petroleum,” katanya.

Tambahnya, pekerja kedai runcit terbabit turut mengesahka­n seorang pelajar datang ke kedai untuk membeli cecair Spirit dan minuman bikarbonat.

“Setakat ini tidak ada sebarang keterangan yang boleh mengaitkan kes dengan sebarang unsur jenayah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia