Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dijumpai mati di Medan Jaya, seorang suspek diberkas

Mangsa terbaring berlumuran darah dengan kesan kecederaan

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Ketua Polis Daerah Bintulu

Permohonan reman di Mahkamah Majistret Bintulu telah diperolehi dan peringkat awal suspek akan direman lima hari sehingga 13 Jun ini untuk membantu siasatan.

BINTULU: Seorang lelaki tempatan berumur 57 tahun ditahan untuk membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki terbaring berlumuran darah di kawasan lot parkir berdekatan tong pembuangan sampah di Medan Jaya pada jam 8.27 malam, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Batholomew Umpit berkata, suspek ditahan sekitar jam 11.30 malam hari sama di sebuah taman perumahan berdekatan.

“Permohonan reman di Mahkamah Majistret Bintulu telah diperolehi dan peringkat awal suspek akan direman lima hari sehingga 13 Jun ini untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kes diklasifik­asikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi

Superinten­den Batholomew Umpit

atau menyebarka­n berita yang tidak benar kerana dikhuatiri boleh menimbulka­n kegusaran kepada masyarakat.

Katanya, motif kejadian tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

Terdahulu katanya, pada jam 8.27 malam Rabu, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu menerima panggilan daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki terbaring berlumuran darah di kawasan terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati lelaki yang berpakaian baju-T hitam dan berseluar jeans pendek itu mempunyai kesan kecederaan di bahagian kiri kepala, beberapa kesan lebam di bahagian badan, kaki dan tangan.

“Mangsa dijumpai berhampira­n dengan sebuah kenderaan (di lot parkir tersebut) dan pemeriksaa­n lanjut di tempat kejadian turut menjumpai tiga batang kayu berhampira­n mangsa,” jelasnya.

Beliau berkata, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan dan dokumen pengenalan diri juga ditemui pada mayat mangsa.

Justeru katanya, sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menghubung­i Pegawai Penyiasat kes ASP Tay Chiew Thwa@Rico Tay menerusi talian 011-11403689 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu (083-318304).

 ?? ?? BATHOLOMEW
BATHOLOMEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia