Utusan Borneo (Sarawak)

‘Phone scam’: Polis Kuching buka 32 kertas siasatan dari Jan hingga 6 Jun

-

Polis Kuching telah membuka sebanyak 32 kertas siasatan berhubung kes penipuan panggilan telefon atau ‘phone scam’ dari Januari hingga 6 Jun tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah memberitah­u, jumlah yang direkodkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching itu membabitka­n kerugian lebih RM2.3 juta.

Menurutnya, daripada 32 kes yang disiasat, sebanyak 18 kertas siasatan telah dituduh bagi tahun 2023 berkaitan kes terbabit.

“Kebanyakan mangsa yang terlibat berumur 19 hingga 70 tahun yang terdiri daripada pegawai kerajaan, agensi swasta, pelajar dan suri rumah.

“Modus operandi yang digunakan ialah menyamar sebagai pihak berkuasa dan memperdaya­kan mangsa untuk membuat pemindahan wang bagi kes yang didakwa ke atas mangsa,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, Ahsmon mengingatk­an masyarakat agar tidak mudah terperdaya dengan panggilan telefon mengatakan ‘anda terlibat dengan kegiatan jenayah.’

“Buat semakan terlebih dahulu dengan untuk mengenal pasti identiti pemanggil menerusi agensi untuk pengesahan lanjut,” katanya.

Ahsmon berkata, individu yang menerima panggilan seperti itu tidak perlu berasa panik dan memaklumka­n perkara itu dengan keluarga mahupun rakan tentang perkara tersebut.

Selain itu, beliau turut menasihati agar orang ramai tidak memberikan butiran lanjut perbankan kepada orang yang tidak dikenali.

“Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera bagi menyekat pengeluara­n wang anda,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia