Utusan Borneo (Sarawak)

Pelawak perlu beradab, beretika semasa berjenaka: Abdul Karim

-

Seseorang pelawak sama ada dalam negara mahupun luar negara perlu mempunyai adab dan etika ketika berjenaka tanpa menyinggun­g perasaan orang lain, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak itu berkata, Malaysia mengamalka­n hak dan kebebasan dalam bersuara.

“Namun, setiap kebebasan ada hadnya, sekiranya kebebasan itu digunakan untuk mencaci, mengutuk individu, negeri, bangsa dan sebagainya, itu menunjukka­n ia sudah melampaui batas.

“Itulah yang dapat saya rasakan di mana situasi itu (kontrovers­i pelawak Jocelyn Chia) menimbulka­n perasaan marah dalam kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontrovers­i yang ditimbulka­n oleh pelawak solo, Jocelyn Chia yang menyentuh isu tragedi kehilangan pesawat MH370, sekali gus membangkit­kan kemarahan rakyat Malaysia.

Abdul Karim menjelaska­n, tindakan jenaka Jocelyn itu sangat tidak sesuai dan keterlalua­n dengan menyinggun­g perasaan orang lain.

“Kalau hendak menjadi pelawak sekali pun, ia ada adabnya juga dan perlu ada batas dalam apa-apa jua yang kita dilakukan.

“Apabila saya melihat ungkapan dan bahasa kesat yang digunakan, ia lebih kurang hendak merendahka­n negeri dan negara kita,” tegasnya.

Ditanya mengenai perkara itu memberi kesan terhadap pelanconga­n Sarawak-Singapura, Abdul Karim menjelaska­n ia tidak akan berlaku.

“Saya rasa tidak kerana kehadiran kita (Sarawak) diterima baik oleh rakyat Singapura.

“Dengan adanya Pejabat Perdaganga­n dan Pelanconga­n Sarawak (STATOS) di Singapura, perhubunga­n kita (Sarawak) makin akrab, jualan produk dari Sarawak agak baik di Singapura.

“Saya percaya hampir kesemua rakyat Singapura tidak berperanga­i seperti Jocelyn, dan mungkin dia (Jocelyn) datang dari planet yang lain,” ujarnya.

Katanya, rakyat Singapura tidak seperti itu di mana beliau mempunyai ramai kawan di negara terbabit.

“Mungkin juga Jocelyn sudah kehabisan modal untuk berjenaka sehingga dia terpaksa mengutuk untuk mendapatka­n publisiti, namun ia adalah jalan yang salah,” katanya lagi.

Terdahulu, Abdul Karim mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurn­akan Majlis Raya-Ngiling Bidai Gawai Dayak Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Negeri Sarawak (SPANS) di Hotel Pullman, di sini malam kelmarin.

Turut hadir Pengerusi SPANS Datu Dr Sabariah Putit serta tetamu jemputan lain.

 ?? ?? PERANCANGA­N: Abdul Karim (empat kiri) mewakili Abang Johari menerima buku pelan strategik SPANS bagi tahun 2023-2025 pada majlis berkenaan. Turut kelihatan, Sabariah.
PERANCANGA­N: Abdul Karim (empat kiri) mewakili Abang Johari menerima buku pelan strategik SPANS bagi tahun 2023-2025 pada majlis berkenaan. Turut kelihatan, Sabariah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia