Utusan Borneo (Sarawak)

JAIS dengan kolaborati­f MPC anjur bengkel ‘Business Excellence for Practition­er’

-

Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dengan kolaborati­f inovasi bersama Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak telah menganjurk­an Bengkel ‘Business Excellence for Practition­er’ sempena dengan pelaksanaa­n intervensi Kecemerlan­gan Perniagaan di JAIS bermula Jun sehingga November 2023.

Bengkel yang diadakan selama dua hari pada 6 dan 7 Jun lalu bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pegawai JAIS mengenai rangka kerja Kecemerlan­gan Perniagaan.

Pengarah JAIS Khalidi Ibrahim berkata: “JAIS telah melaksanak­an inisiatif kualiti seperti ISO, Integriti dan Digitalisa­si selama hampir dua dekad, kini tiba masanya JAIS terus mara ke hadapan dengan melaksanak­an inisiatif ‘Business Excellence.’

“Inisiatif ini merupakan satu rangka kerja yang berteraska­n nilai dan konsep yang cemerlang melalui tujuh kriteria yang berpotensi meneraju JAIS ke arah potensi yang lebih unggul.

“Saya yakin melalui tujuh kriteria utama iaitu Kepimpinan (Leadership), Perancanga­n (Planning), Maklumat (Informatio­n), Pelanggan (Customer), Sumber Manusia (People), Proses (Process) dan Hasil (Result) akan menjadi batu loncatan kepada JAIS untuk mencapai kecemerlan­gan yang optimum dan berterusan.”

Sehubungan itu, beliau ingin menzahirka­n ucapan penghargaa­n kepada MPC Wilayah Sarawak atas kerjasama strategik bagi menjayakan inisiatif Kecemerlan­gan Perniagaan di JAIS.

Sementara itu, Pengarah MPC Sarawak Dr Mazlina Shafi’i berkata: “Business Excellence adalah rangka kerja sistem pengurusan komprehens­if yang dikenali sebagai Malaysia Business Excellence Framework (MBEF).

“MBEF ini berperanan membantu organisasi untuk melaksanak­an semakan kendiri seterusnya mengenal pasti kekuatan dan ruang untuk penambaika­n sistem pengurusan sesebuah organisasi agar terus cemerlang dan berdaya saing.”

Beliau menambah, pada masa ini, kebanyakan organisasi yang mengguna pakai MBEF adalah dari sektor

swasta berbanding sektor awam.

“Oleh itu, saya berharap agar pelaksanaa­n inisiatif ini

di JAIS akan menjadi pelopor atau projek rintis bagi menyebar luas MBEF dalam kalangan organisasi awam di

Sarawak.

“Saya juga menyeru agar perubahan budaya melalui MBEF ini diterapkan dalam organisasi awam setara dengan sektor swasta seperti mana yang berlaku di negaranega­ra maju.”

Inisiatif ‘Business Excellence’ merupakan pendekatan praktikal dan holistik untuk mencapai kecemerlan­gan dalam semua aspek pengurusan organisasi yang berpaksika­n kepada peningkata­n produktivi­ti organisasi yang berimpak tinggi.

Selain itu, organisasi awam dan swasta di Sarawak diseru terus menggerakk­an inisiatif Kecemerlan­gan Perniagaan dalam usaha memastikan kecemerlan­gan organisasi yang mampan.

 ?? ?? TINGKAT ILMU: Antara peserta Bengkel ‘Business Excellence for Practition­er’ JAIS merakamkan kenangan.
TINGKAT ILMU: Antara peserta Bengkel ‘Business Excellence for Practition­er’ JAIS merakamkan kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia