Utusan Borneo (Sarawak)

‘Segulai Sejalai’ cogan kata perpaduan satu penghormat­an

Ia memberi makna yang besar ke arah perpaduan negara selain pengiktira­fan kepada bahasa Iban, kata Abdul Karim

- Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING: Frasa ‘Segulai Sejalai’ yang menjadi cogan kata perpaduan di seluruh negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim satu penghormat­an untuk Sarawak.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun cogan kata itu berbahasa Iban, namun ia memberi makna yang besar ke arah perpaduan selain memberi pengiktira­fan kepada bahasa Iban.

Menurutnya, dalam istilah bahasa Melayu, ia bermaksud ‘seiring sejalan’ dan penerimaan cogan kata itu untuk digunakan di seluruh negara seperti yang diumumkan PM satu perkara yang membanggak­an Sarawak.

“Pada awalnya, kita (Sarawak) juga terkejut dengan pengumuman tersebut dan tidak dijangka, saya melihat ia sebagai satu penghargaa­n (Sarawak).

“Sekiranya kita mendalami makna itu, ia membawa erti yang cukup mendalam iaitu ‘seiring sejalan’ di mana kita (Malaysia) dapat memupuk perpaduan sekali gus menjurus ke arah usaha yang dilakukan oleh PM menyatupad­ukan rakyat pebagai kaum,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurn­akan Majlis Raya-Ngiling Bidai Gawai Dayak di Hotel Pullman di sini, malam kelmarin.

Turut hadir ialah Pengerusi Suruhanjay­a Perkhidma

Pada awalnya, kita (Sarawak) juga terkejut dengan pengumuman tersebut dan tidak dijangka, saya melihat ia sebagai satu penghargaa­n (Sarawak).

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak

tan Awam Negeri Sarawak (SPANS) Datu Dr Sabariah Putit.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan itu menjelaska­n, ini ekoran daripada pelbagai isu yang berlaku pada masa ini baik dari golongan politik mahupun mereka yang ekstrem dalam memberi pandangan tertentu.

“Sehubungan itu, keputusan yang baik (memilih ‘Segulai Sejalai’) seperti yang dikatakan oleh PM di mana beliau dapat melihat apa yang berlaku di tempat lain, tidak berlaku di Sarawak.

“Ini sama ada seseorang itu berbangsa Dayak, Melayu, Cina dan lain-lain bangsa di mana rakyat dapat bersatu padu, memahami, bertoleran­si dan sebab itu kemungkina­n PM menerima pakai cogan kata itu di negara ini,” jelasnya.

Pada 8 Jun, PM Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumka­n memilih frasa ‘Segulai Sejalai’ sebagai cogan kata untuk perpaduan negara.

 ?? Di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). ?? SIMBOLIK: Abdul Karim melakukan gimik ‘ngiling bidai’ semasa menyempurn­akan Majlis RayaNgilin­g Bidai Gawai Dayak di Hotel Pullman, Kuching malam kelmarin.
Beliau mengumumka­n perkara tersebut semasa
menyempurn­akan perayaan sambutan Gawai Dayak 2023
Di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). SIMBOLIK: Abdul Karim melakukan gimik ‘ngiling bidai’ semasa menyempurn­akan Majlis RayaNgilin­g Bidai Gawai Dayak di Hotel Pullman, Kuching malam kelmarin. Beliau mengumumka­n perkara tersebut semasa menyempurn­akan perayaan sambutan Gawai Dayak 2023

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia