Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim Sibu Jaya diiktiraf

Raih anugerah kecemerlan­gan seni bina pada gala ulang tahun ke-100 Pertubuhan Arkitek Malaysia di Kuala Lumpur

- Oleh Andy Sabang COO Kumpulan Amcorp

SIBU: Bandar baharu Sibu Jaya meraih satu lagi anugerah dan kali ini adalah untuk kecemerlan­gan seni bina Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim semasa gala ulang tahun ke-100 Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dibina dengan kos RM14 juta dan disumbangk­an kepada kerajaan Sarawak oleh Yayasan Azman Hashim, pusat sukan itu direka oleh BYG Architectu­re Sdn Bhd yang berpangkal­an di Pulau Pinang yang turut mempunyai cawangan di banyak negara Asia Tenggara dengan kerjasama Kacapuri Architect Sdn Bhd yang berpangkal­an di Sarawak.

Selain ciri reka bentuk utama yang mencermink­an keharmonia­n serta kepelbagai­an budaya rakyat Sarawak, PAM ketika dipetik sebagai berkata semasa majlis penyampaia­n anugerah itu turut memuji kerja-kerja pemasangan batu bata yang kompleks dan memerlukan kepakaran tinggi.

“Selain pemasangan batu bata konvension­al, dinding juga menampilka­n beberapa corak pemasangan batu-bata yang unik,” kata PAM dalam majalah anugerahny­a.

COO Kumpulan Amcorp Azlan Baqee ketika menyampaik­an anugerah kepada

Pengerusi HDCam Sdn Bhd Mohamad Asman Ahmad semasa mesyuarat lembaga pengarah di Kuching pada Rabu lalu berkata, Kumpulan Amcorp sentiasa komited untuk membangunk­an Sibu Jaya menjadi sebuah perbandara­n yang lebih bertenaga dan makmur.

“Kami kekal setia kepada Sibu Jaya selama ini dan kami akan terus membina perbandara­n ini bersama rakan kongsi kami dalam HDCam

untuk manfaat rakyat,” katanya.

Azlan berkata dengan pelan

induk yang dikonsepka­n oleh Premier Sarawak semasa beliau menjadi Menteri

Perumahan, jalan menuju kejayaan Sibu Jaya telah ditetapkan.

Anugerah terbaharu itu adalah bukti komitmen kedua-dua Amcorp dan HDCam dalam mewujudkan perbandara­n yang bertenaga untuk semua orang, selaras dengan visi Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari, tambahnya.

Sejak penubuhann­ya pada pertengaha­n 90-an, Sibu Jaya telah memenangi anugerah untuk pelan induk, rumah kediaman dan pembanguna­n komersialn­ya.

Bandar baharu itu telah berkembang pesat dengan populasi sekitar 40,000 orang dengan balai bomba, balai polis, perpustaka­an, sekolah, bank, pejabat pos dan banyak lagi kemudahan lain.

Terkenal juga dengan komuniti perniagaan­nya yang teguh, Sibu Jaya turut berfungsi sebagai pusat tumpuan bagi pekan, daerah dan rumah panjang sekitar di wilayah tengah Sarawak.

“Kami kekal setia kepada Sibu Jaya selama ini dan kami akan terus membina perbandara­n ini bersama rakan kongsi kami dalam HDCam untuk manfaat ” rakyat. Azlan Baqee

 ?? ?? TAHNIAH: Azlan (empat kiri) menyampaik­an Anugerah PAM kepada Mohamad Asman.
TAHNIAH: Azlan (empat kiri) menyampaik­an Anugerah PAM kepada Mohamad Asman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia