Utusan Borneo (Sarawak)

Fahami peranan KEMAS agar tugas dapat dilaksana dengan berkesan

-

Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak, Khairuddin Md Nasir mengadakan lawatan kerja ke Pejabat KEMAS Bahagian Betong di Wisma Persekutua­n Betong di sini, kelmarin.

Pada lawatan itu, Khairuddin mengingatk­an kakitangan KEMAS agar memiliki kefahaman mendalam terhadap peranannya bagi menjamin kelancaran serta keberkesan­an setiap pelaksanaa­n tugas.

Katanya, dalam hal ini setiap warga KEMAS harus bersatu padu, bekerjasam­a serta berganding bahu di samping memiliki hubungan erat antara satu sama lain sebagai satu kumpulan.

“Ini menjamin kelancaran pelaksanaa­n tugas yang teratur serta memastikan impak berkesan demi manfaat kumpulan sasar di lapangan.

“Malah, setiap kakitangan perlu memiliki penghayata­n mendalam dalam menjiwai tugas diamanahka­n agar dapat dilaksanak­an dengan penuh dedikasi serta efisien,” katanya.

Di samping itu katanya, kakitangan KEMAS harus lebih kerap turun kelapangan dengan perancanaa­n program seperti tabika, jemahiran, bina insan dan komuniti agar aktiviti dijalankan mendapat impak lebih baik daripada kumpulan sasar.

Justeru katanya, seluruh kakitangan KEMAS hendaklah sehaluan dalam melaksanak­an tugas serta mematuhi tatacara dan peraturan ditetapkan serta memiliki daya kefahaman dan ilmu pengetahua­n.

“Aktiviti yang baik dilaksanak­an juga harus disebarkan ke media masa konvension­al dan media sosial agar orang ramai dapat mengetahui program-program dilaksanak­an KEMAS,” jelasnya.

Pada program itu, turut diadakan acara simbolik Manual Prosedur Kerja (MKT) daripada Pegawai KEMAS Daerah Saratok, Terry Noel George kepada Pegawai KEMAS Bahagian Betong baharu, Jefry Lana sambil disaksikan oleh Khairuddin Md Nasir.

Turut hadir Penolong Pengarah KEMAS Sarawak Napsiah Suhaili serta Penolong Pegawai Pembanguna­n Komuniti dan Kemahiran KEMAS Betong Kumpang Tutong.

 ?? ?? SERAH: Terry (kiri) menyerahka­n MKT kepada Jefry (kanan) sambil diperhatik­an oleh Khairuddin (tengah) pada majlis ringkas di Betong, kelmarin.
SERAH: Terry (kiri) menyerahka­n MKT kepada Jefry (kanan) sambil diperhatik­an oleh Khairuddin (tengah) pada majlis ringkas di Betong, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia