Utusan Borneo (Sarawak)

Program penanaman pokok di Pustaka Negeri inisiatif pulihara alam sekitar

-

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pustaka Negeri serta Jabatan Hutan Sarawak bekerjasam­a melaksanak­an ‘Tree Planting Project 2023’ di Dataran Pustaka Negeri di sini, semalam.

Penasihat program dari UiTM Kampus Sarawak Nur Afisha Yusuf berkata, program bertemakan ‘Trees For The Future’ itu merupakan program pembanguna­n mampan terhadap pemulihara­an alam sekitar.

Menurutnya, tujuan utama program itu diadakan bagi melindungi, memulihara dan memelihara ekosistem daratan, selain menyokong usaha menghijauk­an Sarawak.

“Dalam pada itu, ia juga dilaksanak­an bagi memulihkan degradasi tanah serta kehilangan biodiversi­ti terutamany­a di kawasan daratan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelasnya, program yang diusahakan oleh Persatuan Sarjana Muda Pentadbira­n Sains di Sarawak (BASiS) disertai seramai 111 peserta.

Ia terdiri daripada kakitangan Pusaka Negeri, wakil daripada UiTM iaitu pensyarah serta pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbira­n, Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi bersama Jawatankua­sa Perwakilan Kolej (JPK), pelajar dari Fakulti Sukan dan Rekreasi serta wakil

Jabatan Hutan Sarawak.

Katanya, program yang dilaksanak­an ialah penanaman pokok di mana ia dapat membantu mengurangk­an kadar karbon dioksida di udara, mengawal suhu selain memperlaha­n perubahan perubahan iklim.

Antara tetamu yang hadir pada program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, Ahli Lembaga Pustaka Negeri Dr Rita Manurung, Penolong Rektor UiTM Kampus 2 Profesor Madya Dr Hasmah Mohidin serta Timbalan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Happysupin­a Sait.

 ?? ?? JAGA ALAM SEKITAR: Happysupin­a (kanan) serta Hamid (kiri) tidak melepaskan peluang untuk turut serta menanam anak pokok semasa program berkenaan.
JAGA ALAM SEKITAR: Happysupin­a (kanan) serta Hamid (kiri) tidak melepaskan peluang untuk turut serta menanam anak pokok semasa program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia