Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan sepenuhnya EFS, BIB: Rosey

Kaedah dikemas kini agar maklumat tentang bantuan kerajaan Sarawak itu diperluas

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti akan mengemas kini kaedah untuk membolehka­n bantuan Endowment Fund Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) dimanfaatk­an sepenuhnya.

Timbalan Menterinya Datuk Rosey Yunus mahu maklumat tentang bantuan ditawarkan kerajaan negeri itu diperluask­an agar dapat diterima oleh ibu dan anak kelahiran Sarawak.

EFS adalah pemberian RM1,000 dalam bentuk simpanan anak kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula tahun 2019 bertujuan sebagai persediaan melanjutka­n pelajaran ke pengajian tinggi atau modal kecil perniagaan.

Manakala, BIB merupakan pemberian RM450 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu berstatus K atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus K bagi membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak.

“Andaian kita (kementeria­n) ialah mungkin maklumat ini tidak sampai kepada semua dan andaian lain ialah mungkin mereka tidak mahu yang termasuk tidak mahu mengisi borang.

“Mereka juga mungkin tidak mahu berulang-alik (menguruska­n permohonan). Ketiga-tiga ini mungkin faktor mereka tidak membuat permohonan ini,” ujarnya selepas menyerahka­n bantuan EFS dan BIB kepada tiga ibu dan bayi ketika melawat

Hospital Miri, semalam.

Rosey berkata, EFS adalah untuk semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan status sosioekono­mi.

Beliau memberitah­u, setakat bulan Mei tahun ini, jumlah permohonan EFS ialah 7,245 orang atau 63 peratus daripada jumlah kelahiran iaitu 11,430 kelahiran di Sarawak.

“Kita mahu setiap yang layak menerima sebab bantuan daripada kerajaan ini adalah untuk kita. Kalau kita tidak menggunaka­nnya, rugilah, kerana ia adalah untuk kita,” jelas beliau.

Mengulas tentang statistik kelahiran, Rosey berkata terdapat kes ibu bapa lambat mendaftar kelahiran anak yang turut memberi kesan terhadap statistik jumlah kelahiran tahunan.

Untuk Miri katanya, sebanyak 1,113 atau 73 peratus dari 1,535 jumlah kelahiran telah membuat permohonan EFS.

Menurut Rosey, jumlah anak kelahiran Sarawak menurun dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2020 seramai 31,176 dan tahun 2021 seramai 24,081 berbanding tahun 2019 seramai 33,304.

Jumlah kelahiran meningkat pada tahun lalu iaitu seramai 32,489 orang, jelasnya.

Rosey yang juga ADUN Bekenu memuji keprihatin­an Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menawarkan EFS pada 2019 dan BIB pada 1 Januari 2020.

Sehingga 15 Mei tahun ini katanya, seramai 47,928 orang ibu telah mendapat bantuan RM450 secara ‘oneoff.’

Tentang statistik BIB dalam

tempoh itu katanya, jumlah keseluruha­n ibu berstatus K yang bersalin di Sarawak ialah seramai 9,765 orang.

Dari jumlah itu, seramai 6,853 ibu telah membuat permohonan BIB secara dalam talian dan manual, tambahnya.

Rosey berharap kerjasama pihak hospital dan media tempatan untuk menyebarka­n secara luas maklumat tentang bantuan itu.

“Kerajaan berusaha membantu sebanyak mungkin dan sejauh mungkin dan pada masa sama, kita masih memerlukan maklum balas daripada masyarakat, apa-apa keperluan lain yang diperlukan rakyat Sarawak secara keseluruha­nnya,” jelasnya.

Hadir sama Setiusaha Tetap kementeria­n Noriah Ahmad dan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong.

Kita mahu setiap yang layak menerima sebab bantuan daripada kerajaan ini adalah untuk kita. Kalau kita tidak menggunaka­nnya, rugilah, kerana ia adalah untuk kita.

Datuk Rosey Yunus Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

 ?? ?? KUNJUNGAN: Rosey (dua kiri), Dr Jack (kiri) bersama penerima EFS dan BIB serta tetamu kehormat lain merakamkan kenangan di Hospital Miri.
KUNJUNGAN: Rosey (dua kiri), Dr Jack (kiri) bersama penerima EFS dan BIB serta tetamu kehormat lain merakamkan kenangan di Hospital Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia