Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama pelbagai pihak beri impak positif dalam bidang penyelidik­an

-

Beberapa perkara yang dibincangk­an dari aspek potensi kerjasama dilihat mampu memberi impak positif dalam bidang penyelidik­an di Malaysia dan Sarawak.

Ia melibatkan Institut EkoSains Borneo (IEB) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Syarikat Juta Walet Services & Trading serta Syarikat Sinar Samalaju Sdn Bhd semasa pertemuan antara lima pihak terbabit di IEB UPMKB di sini, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, UPMKB diwakili Pengarah IEB Dr Syeed Saifulazry

Osman Al-Edrus dan LKTN diwakili Timbalan Ketua Pengarah Pembanguna­nnya Mohd Fadzhel Nasir.

Dr Syeed Saifulazry berkata, dengan adanya gabungan dan kolaborati­f dari aspek pengetahua­n, kepakaran, kemudahan prasarana dan dana penyelidik­an mampu meningkatk­an keupayaan pengeluara­n produk berkaitan bagi memenuhi keperluan pengguna di peringkat nasional dan antarabang­sa.

“IEBdanUPMK­Bmengalual­ukan peluang kerjasama ini selaras dengan misi UPMKB memberi sumbangan bermakna pembentuka­n kekayaan dan pembanguna­n negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu,” katanya.

Kedua-dua pihak turut menerangka­n tentang fungsi, peranan, keupayaan dan hala tuju di peringkat agensi masing-masing.

Hadir sama wakil universiti, agensi dan syarikat terbabit Dr Mugunthan Perumal dan Zahora Ismail dari UPMKB, Nik Norhisham Nik Yaacob, Mohd Azizi Awang (LKTN), Patrick Jenau Tindit (Syarikat JutaWaletS­ervices&Trading), Lt Madya (B) Duke Janteng dan Jacky Lanjar (Syarikat Sinar Samalaju Sdn Bhd).

 ?? ?? BINCANG: Perbincang­an diadakan antara IEB dan LKTN serta dua syarikat berkaitan.
BINCANG: Perbincang­an diadakan antara IEB dan LKTN serta dua syarikat berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia