Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PDP nyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Tiong

-

Pergerakan Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing yang kini berjaya membawa parti itu semakin teguh dan dihormati parti-parti lain.

Pemangku Ketua Pemuda PDP David Yeo berkata, sebelum Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12), PDP hanya mempunyai tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diamanahka­n oleh rakyat dengan seorang daripadany­a dilantik sebagai timbalan menteri, namun PDP menambah dua kerusi lagi menjadikan lima ADUN dengan dua daripadany­a menjadi timbalan menteri.

Pada peringkat kerajaan persekutua­n pula katanya, PDP mengekalka­n dua kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Presiden PDP dilantik sebagai Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia.

“Ia memperliha­tkan banyak kejayaan lain di bawah kepimpinan presiden kita. Kini, PDP tidak lagi dipandang sebagai sebuah parti kecil, malahan sebuah parti yang mampu menggegark­an arena politik negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpuna­n Agung Tri-Tahunan (TGA) Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda PDP yang dirasmikan Timbalan Presiden PDP Datuk Anthony Nogeh Gumbek

di Restoran Dinner World, Bintulu Sentral semalam.

Menurutnya, kesemua 29 bahagian baru-baru ini termasuk Pergerakan Pemuda PDP telah sebulat suara mengusulka­n sokongan penuh kepada Tiong sebagai Presiden PDP dan jawatan presiden itu tidak dipertandi­ngkan pada TGA kali ini.

“Sebelum kita meminta apa-apa sahaja daripada parti, kita perlu bertanya kepada diri sendiri apakah yang dapat kita sumbangkan kepada parti?

“Adakah kita mempunyai bakat, pengetahua­n atau pengalaman yang dapat menyumbang secara positif kepada parti dan masyarakat?

“(Atau) Adakah kita bersemanga­t dan berani untuk memperjuan­gkan keadilan, demokrasi dan kemajuan?” ujarnya.

Justeru katanya, setiap

ahli PDP harus bersiap sedia untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti parti, mengambil bahagian dalam perbincang­an dan membuat keputusan, selain menyumbang kepada kempen dan usaha parti.

“Kita harus sentiasa bersedia untuk terus belajar dan meningkatk­an pemahaman tentang politik dan isu-isu yang berkaitan sambil terus berperanan aktif dalam perjuangan untuk rakyat dan negara,” tambahnya.

Selain itu katanya, Pergerakan Pemuda mesti berkeupaya­an untuk menerangka­n polisi-polisi kerajaan kepada rakyat secara efektif dan menjadi pelopor dalam perjuangan PDP.

“Saya yakin Pemuda PDP adalah barisan hadapan parti yang utama dan saya sarankan agar semua Pemuda memahami perjuangan, nilai dan

tujuan PDP seperti yang diperuntuk­kan dalam perlembaga­an parti dan melaksanak­an pemahaman tersebut dalam aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat generasi baharu dengan mengajak mereka mendaftar sebagai ahli PDP,” tegasnya.

Katanya, perkembang­an sesebuah parti banyak bergantung kepada sayap Pemuda, sekali gus perlu bertekad untuk memupuk semangat berpasukan dan menjauhi politik dalaman yang berpuak-puak.

“Kita mesti bersatu padu, tiada tempat dalam Pergerakan Pemuda bagi mereka yang mementingk­an diri sendiri. PDP adalah sebuah parti berbilang kaum yang mempunyai sejarah perjuangan tersendiri yang harus kita Pemuda pertahanka­n walau apa pun cabarannya,” tegasnya.

 ?? ?? KHUSYUK: Sebahagian daripada ahli Pemuda yang hadir pada Perhimpuna­n Agung Tri-Tahunan Pergerakan Wanita dan Pemuda PDP di Bintulu, semalam.
KHUSYUK: Sebahagian daripada ahli Pemuda yang hadir pada Perhimpuna­n Agung Tri-Tahunan Pergerakan Wanita dan Pemuda PDP di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia