Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan ‘Segulai Sejalai’ sebagai cogan kata perpaduan negara membanggak­an Sarawak

-

Pemilihan frasa Iban ‘Segulai Sejalai’ sebagai cogan kata perpaduan negara sememangny­a membanggak­an Sarawak, kata Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan.

Beliau berkata sebagai anak Sarawak, beliau bangga kerana frasa Iban itu telah dijadikan cogan kata perpaduan negara yang mencermink­an perpaduan sebenar di negeri Sarawak.

“Ungkapan ini telah digunakan sejak 1970-an dan kita telah membuktika­n bahawa kita di Sarawak hidup bersatu padu, boleh duduk bersamasam­a di meja yang sama untuk makan dan minum.

“Ia satu penghormat­an kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengakui bahawa Sarawak adalah contoh yang baik untuk negara yang telah mencapai dan memelihara perpaduan.

“Kita sememangny­a berbangga kerana ungkapan ini telah diguna pakai sebagai cogan kata perpaduan negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran KUPIKUPI FM di sini, semalam.

Turut hadir, pengasas dan

pengarah bersama OOGA X Fui K Soong dan pengurus stesen KUPIKUPI FM Sarawak Gideon Jute.

Snowdan berkata, melalui cogan kata tersebut, Sarawak telah berjaya mengekalka­n perpaduan dalam kepelbagai­an kumpulan etnik, budaya dan agama.

Beliau menegaskan, ini bukan kali pertama frasa Iban digunakan sebagai cogan kata negara.

Frasa lain ialah ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ yang telah digunakan oleh Tentera Darat.

Anwar semasa sambutan Perayaan Gawai Dayak di sini baru-baru ini berkata ‘Segulai Sejalai’ yang bermaksud ‘seiring sejalan’ akan digunakan sebagai cogan kata perpaduan

negara.

Katanya, beliau tertarik dengan ungkapan yang digunakan sebagai moto sambutan Gawai Dayak peringkat kebangsaan yang dihadiriny­a di sini, malam Rabu lepas.

“Setiap kali saya berbincang dan bercakap mengenai perpaduan, perpaduan dan kerjasama, saya akan menyebut ‘Segulai Sejalai’ untuk menekankan amanat saya,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Anwar berkata, sudah tiba masanya untuk rakyat khususnya di Semenanjun­g Malaysia belajar daripada Sarawak bagaimana perpaduan antara pelbagai kaum boleh diterima pakai untuk membina negara.

 ?? ?? SIDANG MEDIA: Snowdan diapit Fui (kanan) dan Gideon pada sidang media selepas pelancaran KUPIKUPI FM, semalam.
SIDANG MEDIA: Snowdan diapit Fui (kanan) dan Gideon pada sidang media selepas pelancaran KUPIKUPI FM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia