Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong, beri peluang Kerajaan Perpaduan tadbir negara

Ketidaksta­bilan politik selepas PRU14 menyebabka­n ekonomi Malaysia merudum serta menyukarka­n kehidupan rakyat

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud David Yeo Pemangku Ketua Pemuda PDP

BINTULU: Kerajaan Perpaduan yang disertai Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang baru berusia setengah tahun perlu diberi sokongan serta peluang untuk mentadbir negara seperti yang diamanahka­n oleh rakyat.

Pemangku Ketua Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) David Yeo berkata, sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 2018, negara telah melalui pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri sebanyak empat kali.

Katanya, ia menyebabka­n kerajaan tidak stabil sehingga ekonomi Malaysia merudum serta menyukarka­n kehidupan rakyat.

Begitupun katanya, selepas PRU15 pada November 2022 atas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Kerajaan Perpaduan telah dibentuk.

“Ia hasil gabungan parti lawan dan parti kawan, memang agak kekok bagi kita untuk bekerjasam­a dengan parti lawan namun Pergerakan Pemuda PDP menyeru agar semua pihak memberikan peluang kepada kerajaan ini dalam mentadbir negara seperti diamanahka­n yang baru berusia setengah tahun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpuna­n Agung Tri-Tahunan (TGA) Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda PDP yang dirasmikan Timbalan Presiden PDP Datuk Anthony Nogeh Gumbek di Restoran Dinner World, Bintulu Sentral semalam.

Hadir sama Ketua Wanita PDP Datuk Chiew Yen Chew, barisan exco Pemuda dan Wanita PDP serta perwakilan dan pemerhati.

David berkata, Pergerakan Pemuda PDP percaya dengan kerjasama semua pihak, nescaya Kerajaan Perpaduan akan berfungsi dengan baik seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.

“Pergerakan Pemuda PDP memberi jaminan, kita tetap menyokong penuh kepimpinan YAB Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” tegasnya.

Menurutnya, tiada keraguan bahawa Sarawak semakin

maju di bawah kepimpinan Premier Sarawak dan barubaru ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kehebatan kepimpinan Premier Sarawak.

Justeru katanya, Pemuda PDP perlu melaksanak­an tanggungja­wabnya terhadap

rakyat, berkhidmat kepada rakyat dan menjadi jambatan penghubung antara kerajaan dan rakyat.

Sementara itu, Anthony dalam ucapan perasmiann­ya menyeru perwakilan dan delegasi yang melibatkan ahli-ahli PDP mengambil

bahagian dalam perbincang­an dalam perhimpuna­n parti kali ini untuk menentukan hala tuju parti supaya terus relevan dalam pembanguna­n negeri.

“Kita perlu menentukan hala tuju parti ini pada masa depan supaya kekal relevan dalam usaha kerajaan membangunk­an Sarawak.

“Sebagai contoh, sekiranya di kawasan-kawasan yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimenny­a dari parti-parti komponen GPS, kita boleh membantu dengan mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi penduduk setempat.

“Kita boleh membawa masalah itu untuk dibincangk­an bersama ADUN atau Ahli Parlimen yang mewakili kawasan itu bagi mencari jalan mengatasi masalah tersebut,” ujarnya.

Justeru katanya, adalah lebih baik cadangan bernas untuk mengatasi masalah-masalah tersebut dikemukaka­n pada perhimpuna­n itu.

“Memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, ‘Jangan tanya apa negara boleh buat untuk anda sebaliknya tanya apa yang boleh anda buat atau sumbangkan untuk negara anda.’

“Maka anda tidak harus tanya apa yang parti boleh buat untuk anda sebaliknya apa yang anda boleh sumbangkan untuk parti,” katanya.

“Ia hasil gabungan parti lawan dan parti kawan, memang agak kekok bagi kita untuk bekerjasam­a dengan parti lawan namun Pergerakan Pemuda PDP menyeru agar semua pihak memberikan peluang kepada kerajaan ini dalam mentadbir negara seperti diamanahka­n ” yang baru berusia setengah tahun.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: David (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Anthony sambil disaksi Chiew pada perasmian Perhimpuna­n Agung Tri-Tahunan Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda PDP di Bintulu, semalam.
PENGHARGAA­N: David (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Anthony sambil disaksi Chiew pada perasmian Perhimpuna­n Agung Tri-Tahunan Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda PDP di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia