Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Eko Marin di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti siap

-

Projek Eko Marin bernilai RM8 juta di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti yang dilaksanak­an oleh Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dengan kerjasama Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) berjaya disiapkan sepenuhnya.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif pemulihara­an biodiversi­ti marin ini bakal memberi lonjakan kepada sektor perikanan dan pelanconga­n di Miri.

“Projek ini selari dengan komitmen Sarawak untuk memulihara sumber alamnya seperti yang tersenarai sebagai output dalam Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 Teras Nombor Tujuh iaitu menyeimban­gkan pertumbuha­n ekonomi dengan persekitar­an yang mampan.

“Mata pencarian nelayannel­ayan yang berada di persekitar­an Taman Negara Terumbu Karang MiriSibuti kini telah meningkat susulan pelaksanaa­n Projek Eko Marin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yangdibaca­kanolehTim­balan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh pada Majlis Penutupan Projek Eko Marin PETRONAS-SFC di Pullman Miri Waterfront di sini, petang kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton, Pengurus Besar PETRONAS Sarawak Zulaihi Mohd Mantali dan Timbalan Pengarah Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan

Sarawak Dato Clarence Rorote Sagon.

Sementara itu, Abang Johari menjelaska­n bagi melindungi penyu-penyu, terumbu karang dan hidupan marin yang lain di perairan Sarawak, beliau pada mulanya meluluskan RM70 juta di bawah Projek Rakyat Sarawak’s Reef Ball Fasa Satu di mana 16,800 tukun bebola tiruan telah dilabuhkan di sepanjang laluan migrasi penyu yang juga merupakan kawasan pembiakan ikan dan terumbu karang di perairan Sarawak.

“Tukun terakhir di bawah Fasa Satu telah berjaya ditanam pada akhir tahun 2022 di mana projek ini bermula pada tahun 2019 iaitu tiga tahun yang lalu dan kita berjaya menyelesai­kannya walaupun menghadapi kemelut pandemik COVID19.

“Kajian terkini juga menunjukka­n bahawa penempatan tukun bebola tiruan tersebut telah memberi

hasilyangm­emberangsa­ngkan di mana tangkapan ikan yang diperolehi penduduk tempatan meningkat, selain ia juga mengurangk­an risiko terhadap penyu yang berenang di sepanjang laluan migrasi penyu dari Sarawak ke Sabah.

“Berikutan kejayaan Projek Rakyat Sarawak’s Reef Ball Fasa Satu, saya telah meluluskan sebanyak RM30 juta lagi untuk Projek Rakyat Sarawak Reef Ball Fasa Dua.

“Kali ini kita akan melabuh tukun bebola tiruan untuk mewujudkan zon-zon baharu bagi pelanconga­n marin, sukan memancing, marikultur dan penubuhan taman negara marin yang baharu,” ujarnya.

Beliau juga berharap dengan adanya Projek Fasa Dua nanti, ia akan dapat mendorong dengan lebih giat lagi industri ekopelanco­ngan di Miri dan Sarawak secara keseluruha­nnya.

Dalam perkembang­an

lain, Abang Johari berkata walaupun tukun bebola tiruan ini telah ditanam di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti, penceroboh­an oleh nelayan haram masih lagi berlaku.

“Namun berkat komitmen yang berterusan oleh SFC, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia dan Sarawak Coast Guard, beberapa nelayan pukat tunda yang memasuki taman negara secara haram telah ditangkap dan hasil tangkapan mereka juga turut dirampas.

“Adalah menjadi tanggungja­wab kita semua untuk terus melindungi hidupanmar­inditamann­egara ini. Sekiranya ia musnah, maka sebahagian besar mata pencarian penduduk tempatan terutamany­a para nelayan di kawasan ini akan terjejas,” gesa beliau.

Pada majlis sama, Len Talif turut menyampaik­an Sijil Pelantikan Ranjer Hidupan Liar Kehormat kepada 21 penerima.

 ?? ?? TAHNIAH: Seramai 21 penerima Sijil Pelantikan Ranjer Hidupan Liar Kehormat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama tetamu jemputan.
TAHNIAH: Seramai 21 penerima Sijil Pelantikan Ranjer Hidupan Liar Kehormat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama tetamu jemputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia