Utusan Borneo (Sarawak)

12 lampu limpah siap dipasang di beberapa simpang jalan Piasau Jaya

-

MIRI: Sebanyak 12 lampu limpah berkapasit­i tinggi di beberapa persimpang­an jalan di kawasan Piasau Jaya siap dipasang untuk kemudahan pengguna jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii berkata, lampu limpah yang setiap satunya setinggi 10 meter itu telah dimulakan pelaksanaa­nnya pada 1 Mac lalu.

“Pemasangan lampu jalan yang baharu ini berfungsi dengan baik dan membantu memastikan penduduk dapat melakukan perjalanan pada malam hari dengan cahaya yang cukup.

“Lampu jalan baharu yang selesai dipasang ini turut meningkatk­an keselamata­n lalu lintas di sekitar Piasau Jaya dan menyediaka­n kemudahan yang lebih aman dan selesa bagi penduduk sekitar,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Adam semalam menghadiri upacara serah terima projek tersebut bersamasam­a dengan Ahli Majlis Bandaraya Miri Vincent Huang dan Penghulu Samion Gani.

Dalam pada itu, Samion merakamkan penghargaa­n terima kasih terhadap usaha berterusan Adam dalam memenuhi janji-janji dan secara beransur-ansur meningkatk­an kemudahan asas komuniti selepas dipilih sebagai ADUN Pujut.

“Adam sentiasa memberi maklum balas terhadap keperluan rakyat yang mana selagi berupaya, beliau bertindak dengan segera, ikhlas dan aktif melayani masyarakat.

“Kesungguha­nnya dalam melayani permintaan rakyat dibuktikan melalui peningkata­n kemudahan asas

dalam kawasan Pujut, Piasau dan Krokop,” ujarnya.

Selain itu, Adam turut menaik taraf balai raya di Kampung Baru Pujut 7 dan upacara serah terima projek itu juga diadakan semalam.

Projek ini melibatkan menambah baik siling, tingkap, pintu, dapur, bilik mandi, tikar dan kerusi di balairayak­omunitiber­kenaan selain memperbaik­i jalan bersebelah­an.

Balai raya yang dibaik pulih ini kini menyediaka­n ruang yang lebih selesa bagi pendudukun­tukmengada­kan aktiviti, perhimpuna­n dan sambutan perayaan.

 ?? ?? PROJEK SELESAI: Adam (dua kiri) menyaksika­n serah terima projek pemasangan lampu limpah yang selesai dilaksanak­an di Piasau Jaya.
PROJEK SELESAI: Adam (dua kiri) menyaksika­n serah terima projek pemasangan lampu limpah yang selesai dilaksanak­an di Piasau Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia