Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat korporat perlu melabur untuk sistem keselamata­n siber: Fahmi

-

korporat diseru membuat pelaburan bagi memperkena­l dasar berkaitan aspek keselamata­n siber yang bersesuaia­n dengan tahap operasi syarikat masingmasi­ng.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ini kerana maklum balas yang diberikan oleh pemain sektor itu mengatakan banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentinga­n untuk mereka membuat pelaburan dalam aspek keselamata­n siber.

“Bila kita lihat ekonomi digital bakal menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025, sudah pasti antara aspek yang sangat penting selain ekonomi digital itu sendiri ialah keselamata­n siber dan perlindung­an data.

“Maka hasil pertemuan malam ini, saya lihat ada kewajaran dan keperluan untuk mengadakan perbincang­an yang lebih meluas dengan sektor korporat dan juga mungkin melalui badan-badan profesiona­l yang mewakili syarikat untuk mewujudkan satu kesedaran mengenai keselamata­n siber,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog awam Industri Keselamata­n Siber anjuran CyberSecur­ity Malaysia (CSM) di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching serta Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

Fahmi juga berkata menerusi sesi dialog awam itu, beliau berharap sektor keselamata­n siber akan terus mendamping­i CSM untuk merangka, merancang serta melaksana beberapa perkara

berkaitan aspek keselamata­n siber dalam negara.

Sementara itu, CSM dalam kenyataan memaklumka­n sesi dialog awam itu bertujuan memantapka­n lagi usaha Kementeria­n Komunikasi dan Digital sebagai peneraju pembanguna­n industri keselamata­n siber negara dalam

mendepani cabaran serta ancaman siber yang semakin kompleks.

Sesi itu, yang dihadiri 200 pemain industri, turut menjadi platform untuk saling bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai isu keselamata­n siber. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ASPEK KESELAMATA­N: Fahmi ketika Sesi Town Hall Industri Keselamata­n Siber di sebuah hotel, Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama ASPEK KESELAMATA­N: Fahmi ketika Sesi Town Hall Industri Keselamata­n Siber di sebuah hotel, Kuala Lumpur, kelmarin.
 ?? ?? FAHMI
FAHMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia