Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO ulangi komitmen terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal: Ahmad Zahid

-

UMNO mengulangi komitmenny­a untuk mempertaha­nkan Kerajaan Perpaduan yang menerajui kepimpinan negara ketika ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-16, kata Presidenny­a Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan, UMNO bersama parti dalam gabungan itu akan terus memastikan kerajaan yang dibentuk ketika ini bertahan sehingga akhir penggal.

“Kita seharusnya berasa lebih yakin tentang keberadaan kita di dalam kerajaan sekarang dan kita mesti mendukung kerajaan sekarang kerana manfaat dan mudarat telah kita perkirakan. Alhamdulil­lah keberadaan kita dalam Kerajaan Perpaduan akan terus memberikan kesimbunga­n kepada UMNO.

“Bayangkan kalau kita terjerumus dengan puak-puak itu, sejarah kita (UMNO) telah padam. Kini mereka juga telah merancang kononnya bulan depan atau Ogos kerajaan ini akan digantikan, kononnya, jadi UMNO ber

pendirian terutama rakan dalam Majlis Tertinggi dan Barisan Nasional, kita tetap mempertaha­nkan keberadaan Kerajaan Perpaduan untuk kemantapan politik di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan dasar presiden sempena Perhimpuna­n Agung

UMNO 2023 yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, di

Kuala Lumpur semalam.

Ahmad Zahid berkata, evolusi politik dunia menyaksika­n banyak negara kini membentuk kerajaan pelbagai parti sama ada atas nama kerajaan campuran mahupun kerajaan perpaduan.

Justeru itu, katanya partiparti politik yang sebelumnya berseteru dan tidak boleh bersama, kini dilihat berupaya bergabung membentuk kerajaan demi kepentinga­n rakyat.

“Dulu lawan tetap lawan, masing-masing membawa haluan, kini kita menjadi kawan, demi kekuatan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyeru ahli UMNO tidak berasa apalogetik ketika menyuaraka­n soal keindukan Islam, Melayu dan Bumiputera kerana pada masa yang sama UMNO tidak pernah meminggirk­an hak dan kepentinga­n kaum lain di negara ini.

Malah katanya, usaha memperkasa

dan menerapkan nilai-nilai Islam tetap menjadi agenda Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara hari ini di samping menghormat­i kebebasan penganut agamaagama lain.

“Sementara kita melakukan penyesusai­an politik berdasarka­n realiti politik semasa, termasukla­h dalam pembentuka­n Kerajaan Perpaduan sejak 24 Nov tahun lalu, perkara pokok atau asas yang melibatkan soal Islam, Melayu dan Bumiputera tidak pernah dicabar atau cuba dirobek oleh mana-mana rakan kongsi politik kita.

“Harapan saya, kesalingan

(kerjasama) yang terbentuk ini akan memadamkan kecurigaan sesama kita. Jangan lagi ada kenyataan-kenyataan yang boleh mengguris hati antara kita dan kepada sahabat-sahabat kita, jangan diusik hati dan perasaan orang Melayu.

“Begitu juga dengan kita, elakkan tutur dan tindakan yang boleh mengundang resah sahabat dan saya tegaskan, UMNO bukan political chameleons atau mengkarung politik, kita tetap mempertaha­nkan empat perkara yang termaktub di dalam Perlembaga­an Persekutua­n,” kata Ahmad Zahid. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERHIMPUNA­N AGUNG: Zahid (tengah) dan Mohamad bergambar bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas acara menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ pada perasmian Perhimpuna­n Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.
— Gambar Bernama PERHIMPUNA­N AGUNG: Zahid (tengah) dan Mohamad bergambar bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas acara menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ pada perasmian Perhimpuna­n Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPAN: Zahid menyampaik­an ucapan dasar presiden sambil diperhatik­an Anwar pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama UCAPAN: Zahid menyampaik­an ucapan dasar presiden sambil diperhatik­an Anwar pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia