Utusan Borneo (Sarawak)

Avisena guna dron hantar ubat dijangka dua tahun lagi

-

Avisena Healthcare Sdn Bhd (Avisena), MHS Aviation Berhad (MHS) dan Kreatif Apps Sdn Bhd (Kreatif Apps) semalam melaksanak­an pembuktian konsep (POC) penerbanga­n dron di kawasan bandar dalam usaha menyediaka­n perkhidmat­an dron berkaitan perubatan, yang dijangka beroperasi dalam tempoh dua tahun lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Avisena Specialist Hospital Dr Razman Abd Karim berkata, perkhidmat­an penghantar­an dron berkenaan khususnya dalam penghantar­an ubat-ubatan akan memberi perkhidmat­an kepada pelanggan atau pesakit yang berada di lingkungan 30 kilometer radius dari hospital berkenaan di Seksyen 14, di sini.

Beliau berkata setakat ini pesakit menggunaka­n aplikasi dalaman hospital itu untuk memesan ubat-ubatan yang kemudian dihantar oleh pemandu hospital atau perkhidmat­an kurier sekali gus bertujuan menjadi hospital pertama yang akan menggunaka­n perkhidmat­an dron di kawasan bandar.

“Kami mahu selangkah lebih tinggi, sehubungan itu, kami menjalin kerjasama dengan MHS dan Kreatif Apps bagi penyampaia­n perkhidmat­an berkaitan perubatan yang lebih pantas,” katanya pada sidang media POC Penggunaan Dron Dalam Penjagaan Kesihatan di hospital berkenaan di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MHS Mohd Fakhrul Arifin Adinan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kreatif Apps Adi Yazid Rosli.

Terdahulu, pada sesi penerbanga­n POC itu, dron berkenaan berlepas dari Avisena Specialist Hospital dan tiba di kediaman pesakit di Seksyen 7, di sini yang sejauh 2.9 kilometer dengan mengambil masa kira-kira enam minit.

Sebagai perbanding­an, jarak pemanduan jalan raya antara hospital dan kediaman berkenaan ialah sejauh kira-kira 4.1 kilometer dengan pemandu lazimnya mengambil masa kira-kira 11 minit untuk tiba dengan kereta tanpa mengambil kira keadaan trafik semasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia