Utusan Borneo (Sarawak)

Kepentinga­n rakyat, negara lebih utama: PM

Kehadiran di atas platform perpaduan dapat memperkuku­hkan kerajaan yang diterajuin­ya

- Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentinga­n rakyat dan negara adalah lebih utama berbanding pengalaman peribadi beliau bersama UMNO.

Yang penting menyempurn­akan tugas kepada negara, pengalaman peribadi itu penting tetapi dia (ia) tidak boleh mengatasi kepentinga­n rakyat dan kepentinga­n negara.

“Yang penting menyempurn­akan tugas kepada negara, pengalaman peribadi itu penting tetapi dia (ia) tidak boleh mengatasi kepentinga­n rakyat dan kepentinga­n negara,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kehadirann­ya di Perhimpuna­n Agung UMNO 2023 di sini semalam.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, kehadiran di atas platform perpaduan dapat memperkuku­hkan kerajaan yang diterajuin­ya, justeru memberi manfaat kepada rakyat.

“Jadi saya tentunya berasa selesa, senang kerana dah biasa suasana itu (perhimpuna­n

Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada jam 9.05 pagi bagi menghadiri perhimpuna­n itu.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan kepimpinan UMNO.

Ini adalah Perhimpuna­n Agung UMNO pertama dihadiri Anwar selepas beliau dipecat daripada UMNO pada 1998 ketika memegang jawatan timbalan presiden parti itu.

Antara yang turut hadir ialah pemimpin parti parti dalam Kerajaan Perpaduan iaitu Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fadillah Yusof, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswara­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERBINCANG: Anwar diiringi Ahmad Zahid ketika menghadiri Perhimpuna­n Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, semalam.
agung UMNO) termasuk menghafal lagu (parti itu),”
kata beliau. Terdahulu, Anwar yang
berbaju Melayu biru muda dan bersongkok tiba di Pusat
— Gambar Bernama BERBINCANG: Anwar diiringi Ahmad Zahid ketika menghadiri Perhimpuna­n Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, semalam. agung UMNO) termasuk menghafal lagu (parti itu),” kata beliau. Terdahulu, Anwar yang berbaju Melayu biru muda dan bersongkok tiba di Pusat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia