Utusan Borneo (Sarawak)

SPM 2022: 21 klien AADK lulus dalam mata pelajaran diambil

-

Seramai 21 daripada 28 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 lulus dalam mata pelajaran yang diambil.

AADK dalam kenyataan semalam memaklumka­n daripada jumlah itu, seramai 13 calon adalah dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar, Sabah manakala lapan lagi dari PUSPEN Seri Iskandar, Perak.

“Kesemua calon berkenaan sedang menjalani program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) di dua PUSPEN berkenaan.

“Melihat peluang pendidikan kepada klien, AADK menyediaka­n modul khas iaitu Program Akses

Pendidikan Klien (PAPK) khusus kepada mereka di bawah umur 18 tahun,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu, AADK memaklumka­n kesemua klien yang lulus SPM 2022 berpeluang untuk melanjutka­n pelajaran ke tahap lebih tinggi seperti di Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Perindustr­ian, Institut Kemahiran Belia Negara, GIATMARA Malaysia dan politeknik.

AADK memaklumka­n menerusi program PAPK, klien akan mengikuti jadual kelas yang sistematik dan diajar oleh guru yang dilantik menerusi Skim Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) yang mempunyai ijazah sarjana muda dan pengalaman dalam bidang pendidikan serta bantuan tenaga pengajar daripada Pejabat Pendidikan Daerah.

Menurut kenyataan itu, program PAPK mula diperkenal­kan pada 2015 bagi membantu pelajar yang keciciran pelajaran ketika menjalani program RPDI di PUSPEN.

“Usaha ini untuk memberi peluang kepada klien bagi memajukan diri dalam aspek akademik dan kesemua calon didaftarka­n sebagai calon persendiri­an dengan kadar bayaran yuran mengikut subjek teras yang diambil.

“Sebanyak enam mata pelajaran diambil mereka iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia