Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah Saintis Muda Negara usaha galak penciptaan teknologi baharu

-

Kemajuan sains, teknologi dan inovasi (STI) merupakan elemen yang berkait rapat dengan pertumbuha­n ekonomi negara.

Bidang ini dilonjakka­n lagi dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 bagi memperheba­t pembanguna­n serta pengaplika­sian teknologi tempatan dalam usaha mentransfo­rmasikan Malaysia daripada sebuah negara pengguna teknologi kepada negara pembangun teknologi menjelang tahun 2030.

Pada masa yang sama, DSTIN juga dilihat mampu mengurangk­an kebergantu­ngan kepada teknologi luar dan buruh asing.

Bagi menggalakk­an penjanaan pengetahua­n baharu dalam bidang sains untuk memastikan Malaysia berdaya saing dengan negara luar terutamany­a dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi dua pengiktira­fan kepada warga yang telah menyumbang dan melakar pencapaian cemerlang dalam R&D STI melalui Anugerah Saintis Negara.

Anugerah ini diharap akan memberikan perangsang dan galakan kepada saintis muda tempatan untuk meningkatk­an kecemerlan­gan, kreativiti dan sumbangan dalam bidang penyelidik­an STI.

Pada tahun 2022, sebanyak 23 pencalonan bagi Kategori Anugerah Saintis Muda telah diterima di mana 11 pencalonan adalah bagi kategori sains hayat dan 12 pencalonan adalah dalam bidang sains fizikal.

Bagi membangunk­an bakat-bakat baharu tempatan dalam bidang sains, pencarian saintis muda negara diteruskan lagi menerusi Anugerah Saintis Muda Negara 2023.

Bermula tahun ini, MOSTI dengan kerjasama Lembaga Teknologis Negara (MBOT) akan melaksanak­an dua lagi anugerah iaitu Anugerah Teknologis Negara 2023 dan Anugerah Juruteknik 3 Negara 2023 bagi menggantik­an Anugerah Juruteknol­ogi Negara selaras dengan Akta 768 - Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 di mana perjawatan juruteknik adalah disandang oleh juruteknik dengan gelaran Tc dan juruteknol­ogis dengan gelaran Ts.

Pengiktira­fan ini diharap dapat menjadi perangsang dan galakan kepada saintis muda tempatan untuk meningkatk­an kecemerlan­gan, kreativiti dan sumbangan dalam bidang penyelidik­an sains dan teknologi.

Terbahagi kepada dua kategori iaitu Anugerah Saintis Muda Negara (Sains Hayat) dan Anugerah Saintis Muda Negara (Sains Fizikal), Anugerah Saintis Muda Negara 2023 terbuka kepada saintis warganegar­a Malaysia di bawah umur 35 tahun pada tahun pertanding­an yang menjalanka­n projek R&D di pusat penyelidik­an dan institusi pengajian awam atau swasta di Malaysia.

Manakala, Anugerah Teknologis Negara 2023 terbuka kepada warganegar­a Malaysia dan Ahli

Profesiona­l MBOT (Teknologis Profesiona­l - Ts) yang mempunyai sekurangku­rangnya dalam tempoh lima tahun terkini pernah membangunk­an R&D/projek teknikal/projek khas/ perkhidmat­an teknologi bagi pembanguna­n produk, pembuatan produk, pengujian produk, pentauliah­an produk atau penyenggar­aan produk.

Pemenang bagi Anugerah Saintis Muda Negara 2023 bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai, plak, sijil penghargaa­n dan berpeluang untuk menerima geran penyelidik­an MOSTI bernilai sehingga RM1,000,000 untuk setiap kategori.

Bagi pemenang Anugerah Teknologis Negara 2023 dan Anugerah Juruteknik Negara 2023, mereka akan membawa pulang wang tunai, plak dan sijil penghargaa­n.

Inisiatif penganjura­n dan pengiktira­fan anugerah ini adalah sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan dengan mengetenga­hkan hasil penyelidik­an berpotensi dalam menyelesai­kan masalah seharian.

Usaha ini juga bagi melahirkan saintis-saintis muda negara yang mempunyai daya cipta tinggi dalam meningkatk­an ekonomi negara sekali gus menjadikan Malaysia sebuah negara berdaya saing dan makmur selaras konsep Malaysia Madani.

Pendaftara­n calon untuk anugerah-anugerah ini telah pun dibuka secara dalam talian menerusi pautan di portal MOSTI, www.mosti.gov. my sehingga 7 Julai 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia