Utusan Borneo (Sarawak)

Lima rakyat Israel Arab ditembak mati di tempat cuci kereta

-

Lima orang rakyat Israel Arab telah ditembak mati di sebuah tempat cuci kereta di bahagian utara negara kelmarin, menurut polis, ketika gelombang jenayah terburuk sejak beberapa tahun yang melanda puak minoriti.

Kejadian tembakan membawa jumlah penduduk Israel Arab yang terbunuh pada tahun ini kepada 96 orang.

Dalam respons, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyatakan agensi keselamata­n dalaman Israel Shin Bet sekarang akan membantu pihak polis bagi menangani aktiviti jenayah yang berleluasa dalam komuniti.

Pihak polis menyatakan kejadian tembakan berlaku di Yafia, sebuah perkampung­an Arab hanya di barat Nazareth, serta satu kenyataan menyatakan pasukan tentera sedang memeriksa kawasan itu bagi suspek.

Bercakap dari tempat kejadian pembunuhan, jurucakap polis Eli Levy memberitah­u pihak penyiaran awam Kan bahawa “seorang atau lebih” melepaskan tembakan ke arah sekumpulan lelaki di sebuah tempat cuci kereta.

Seorang pegawai polis lain menyatakan insiden adalah kemungkina­n besar sebahagian dari satu perang antara kumpulan.

Maher Khaliliya, ketua bagi majlis tempatan Yafia, menyatakan kejadian tembakan sebagai “satu pembunuhan beramai-ramai,” menurut polis sebagai bertanggun­gjawab disebabkan oleh kurangnya penguatkua­saan.

Beliau memberitah­u AFP beliau tidak memiliki maklumat mengenai latar belakang bagi kejadian tembakan, namun menyatakan pekannya “berada di samping keluarga mangsa sebagai satu”.

Para pakar menyatakan kumpulan gengster Arab telah mengumpulk­an kuantiti besar bagi senjata haram sejak dua dekad lepas dan terlibat dalam penyeludup­an dadah, senjata dan manusia, pelacuran, peras ugut dan pengubahan wang.

Penduduk Israel Arab, keturunan Palestin yang tinggal di tanah mereka selepas pembentuka­n Israel pada 1948, meliputi kirakira 20 peratus dari populasi negara.

Mereka telah lama mengadu mengenai diskrimina­si dan ketiadaan tindakan polis terhadap keganasan dan jenayah yang membelengg­u komuniti mereka.

Pada 30 Mei, pegawai yang dilantik dan wakil-wakil dari puak minoriti Arab membantah di Baitulmuqq­adis dan memohon kepada kerajaan agar meningkatk­an kawalan keselamata­n.

Pada awal minggu ini, Netanyahu mengumumka­n satu keputusan untuk membentuk sebuah jawatankua­sa pelaksana selepas satu mesyuarat bersama anggota perundanga­n Arab bagi membincang­kann “solusi terhadap gelombang pembunuhan dalam masyarakat Arab.”

Pada Khamis, beliau menyatakan “bersungguh-sungguh untuk menghentik­an rantaian pembunuhan ini” dan akan melihat itu berlaku bukan sahaja dengan memperkuku­hkan polis, namun “dengan bantuan dari Shin Bet”.

Agensi keselamata­n dalam itu biasanya tidak menyiasat aktiviti jenayah.

Pada awal Khamis, seorang lelaki berusia 30 tahun dan anak perempuan berusia tiga tahun telah tercedera dalam satu kejadian tembakan berasingan Kafr Kanna, sebuah pekan Arab di utara Nazareth.

Roni Halon, seorang wartawan dengan Radio Nas yang berpusat di Nazareth, menyatakan kejadian tembakan Yafia berlaku semasa sebuah helikopter polis sedang terbang di atas pekan mencari mereka yang mendalangi serangan di Kafr Kanna.

Bercakap kepada AFP dari tempat kejadian, Halon menyatakan dua lelaki bertopeng telah tiba dengan menunggang motosikal dan menggunaka­n raifal automatik bagi membunuh lelaki di tempat cuci kereta tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia