Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan di Kanada: AS keluar amaran kualiti udara

-

Beberapa agensi Amerika Syarikat memberi amaran kepada orang ramai di kawasan Timur Laut supaya mengelak daripada menyedut asap daripada kebakaran hutan Kanada yang menyelubun­gi udara buat hari ketiga berturut-turut pada Khamis selain mengganggu perjalanan.

Jabatan Tenaga dan Alam Sekitar (DOEE) di Washington mengeluark­an amaran kualiti udara dan menasihatk­an orang ramai di kawasan yang terjejas supaya tidak keluar rumah.

“Hari ini kualiti udara sangat tidak sihat. Orang awam mungkin mengalami kesan kesihatan dan kumpulan sensitif mungkin mengalami masalah kesihatan yang lebih serius.

“Beberapa impak berpotensi ialah serangan jantung, degupan jantung yang tidak teratur, asma yang semakin teruk serta penurunan fungsi paru-paru.

“Setiap orang perlu berada di dalam rumah sebanyak mungkin, terutama kumpulan sensitif seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan orang yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru seperti asma dan bronkitis,” lapor UPI memetik ciapan DOEE pada

Khamis.

Di New York, Gabenor Kathy Hochul mengumumka­n rancangan untuk menyediaka­n kira-kira satu juta pelitup muka N95 kepada penduduk.

Amaran kualiti udara dikeluarka­n sekurang-kurangnya di 20 negeri, dari selatan Massachuse­tts hingga ke Missouri.

Pentadbira­n Penerbanga­n Persekutua­n (FAA) menangguhk­an penerbanga­n dari beberapa lapangan terbang kerana asap.

Jarak penglihata­n berkuranga­n akibat asap kebakaran akan terus memberi kesan kepada perjalanan udara hari ini. Kami mungkin perlu mengambil langkah untuk mengurus aliran trafik dengan selamat ke New York City, D.C., Philadelph­ia dan Charlotte, N.C., memetik akaun Twitter FAA.

FAA turut menangguhk­an sementara penerbanga­n ke Philadelph­ia kerana jarak penglihata­n yang rendah.

Beberapa acara yang dijadual berlangsun­g di New York juga dibatalkan, termasuk tiga rancangan Broadway dan konsert Chris Stapleton.

Sekolah-sekolah di New York mengumumka­n kelas pada Jumaat dijalankan secara jarak jauh.

Di kawasan Washington, perlawanan besbol pada Khamis antara Washington Nationals dan Arizona Diamondbac­ks ditangguhk­an. Rumah Putih pula menangguhk­an acara Bulan Kebanggaan sehingga Sabtu.

Menteri Kesiapsiag­aan Kecemasan Kanada Bill Blair berkata kira-kira 9.4 juta ekar hutan terbakar, menyebabka­n sekurangku­rangnya 26,000 orang terpaksa dipindahka­n.

Presiden Joe Biden dan Hochul bersama pegawai di New Hampshire dan Maine, menghantar anggota bomba ke Kanada untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.

Pakar meteorolog­i kanan AccuWeathe­r Brett Anderson berkata Quebec dan Nova Scotia mencatat rekod bermusim baharu dari segi jumlah tanah yang terbakar ketika musim kebakaran hutan.

“Bagi Kanada, jumlah ekar kawasan yang terbakar sehingga awal Jun telah melepasi purata 10 tahun untuk keseluruha­n musim. Kita tidak semestinya melihat lebih banyak kebakaran dengan perubahan iklim, tetapi kebakaran yang lebih besar yang meliputi banyak kawasan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? UDARATERCE­MAR: Asap dari kebakaran hutan di Kanada menyelubun­gi ruang udara di Pantai Timur AS, yang memaksakan pihak berkuasa mengeluark­an amaran udara tercemar berbahaya untuk kesihatan.
— Gambar AFP UDARATERCE­MAR: Asap dari kebakaran hutan di Kanada menyelubun­gi ruang udara di Pantai Timur AS, yang memaksakan pihak berkuasa mengeluark­an amaran udara tercemar berbahaya untuk kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia