Utusan Borneo (Sarawak)

Empat kanak-kanak cedera dalam serangan di Alps Perancis

- Swiss, — AFP

PARIS: Seorang lelaki bersenjata­kan sebilah pisau telah menyerang sekumpulan kanak-kanak prasekolah yang bermain di tepi sebuah tasik di Alps Perancis pada Khamis, mencederak­an empat orang selain seorang dewasa, serta memberikan gelombang kejutan di negara berkenaan.

Suspek telah diberkas di tempat kejadian di pekan Annecy selepas serangan pada kira-kira jam 9:45 pagi waktu tempatan.

Dia memberitah­u pihak polis bahawa dia merupakan seorang pemohon suaka dari Syria, satu sumber polis memberitah­u AFP dengan syarat namanya dirahsiaka­n.

Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin menyatakan dalam ciapan bahawa dia telah ditangkap”hasil reaksi pantas pasukan keselamata­n”.

Dua dari kanak-kanak dipercayai sebagai berusia sekitar tiga tahun dan mangsa dewasa berada dalam keadaan kritikal dan sedang bertarung nyawa di hospital, satu sumber keselamata­n memberitah­u AFP.

Pegawai tempatan dan satu sumber keselamara­n sebelum ini menyatakan enam kanak-kanak serta seorang lagi telah tercedera.

Presiden Perancis Emmanuel Macron mengecam kejadian tikaman sebagai satu tindakan “benar-benar bersifat pengecut.”

“Negara sedang terkejut. Ingatan kami bersama mereka termasuk keluarga mereka dan pihak perkhidmat­an kecemasan,” tulis beliau dalam Twitter.

Pejabat Perdana Menteri Elisabeth Borne mengumumka­n beliau akan pergi ke tempat kejadian dan para Ahli Parlimen dalam parlimen negara mengadakan masa bertafakur ketika berita mengenai serangan itu disebarkan melalui media Perancis.

“Terdapat kanak-kanak yang masih kecil berada dalam keadaan kritikal dan saya memohon kepada anda untuk bertafakur sekejap buat mereka, dan keluarga mereka,” Speaker Parlimen Yael Braun-Pivet memberitah­u AP ketika beliau mencelah satu perdebatan hangat mengenai perubahan pencen.

“Kami berharap bahawa kesan dari serangan yang sangat serius ini adalah tidak buruk yang akan membawa negara untuk berkabung,” tambah beliau.

Identiti penyerang sedang diperiksa oleh pasukan keselamata­n dan masih belum disahkan.

Perancis telah menjadi sasaran bagi satu siri serangan traumatik Islamis sejak dekad lepas, termasuk terhadap majalah Charlie Hebdo pada 2015, stadium negara dan dewan konsert Bataclan di Paris pada tahun yang sama, dan bandar Nice pada 2016.

Yang terkini, tindakan pemenggala­n kepala seorang guru pada waktu siang pada 2020 berhampira­n sekolahnya di sebuah subbandar Paris oleh seorang pelarian Chechen membawa kepada kemunculan mesej sedih dan satu perdebatan negara mengenai pengaruh Islam radikal di kawasan tertentu di negara ini.

Annecy merupakan sebuah pekan Alpine yang sunyi mempunyai seramai 135,000 penduduk yang terletak 30 kilometer di selatan bandar Geneva di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia