Utusan Borneo (Sarawak)

Jay Park akui kejayaan sesuatu yang sukar dikecapi, pernah disenarai hitam

Bintang itu sekarang adalah salah seorang penghibur paling dikenali di Korea Selatan dengan dua label hip-hop terbesar negara itu

-

K-pop. Bekas penjual tayar. Hartawan hip-hop. Laluan kejayaan sebenar tidak pernah lancar tetapi penghibur Korea-Amerika, Jay Park, mempunyai laluan pelik sebelum menjadi terkenal.

Bintang berusia 36 tahun itu sekarang adalah salah seorang penghibur paling dikenali di Korea Selatan: dia menubuhkan dua label hip-hop terbesar negara itu, mengeluark­an beberapa lagu hit, memiliki jenama arak soju sendiri dan merupakan artis Asia-Amerika pertama yang menyertai Roc Nation yang dimiliki artis antarabang­sa terkenal Jay-Z.

Namun kejayaan ini adalah sukar dikecapi, katanya ketika memberitah­u agensi berita AFP dalam satu temu bual eksklusif, dengan cubaan pertama mencari glamor – membuat debut sebagai ketua sebuah kumpulan K-pop – mencetuska­n skandal yang menyebabka­nnya meninggalk­an Seoul untuk ke negara kelahirann­ya, Seattle.

“Saya berdepan dengan banyak tindak balas,” kata Park, sambil menambah dia pernah “disenarai hitam dari industri”.

Masalah bermula dengan beberapa komen dimuat naik atas talian oleh Park – ketika itu di lewat usia remaja – mengkritik corak latihan sukar artis, industri K-pop dan Korea Selatan.

Amukan media Korea menyusul, dengan skandal itu memaksa Park keluar dari kumpulan 2PM, sebuah kumpulan tujuh anggota lelaki di bawah label besar JYP Entertainm­ent.

Dia kembali ke Seattle dan bekerja di sebuah kedai tayar terpakai tetapi dia mengekalka­n impian muziknya, akhirnya memuat naik lagu ‘cover’ ‘Nothin’ on You’ – lagu B.O.B dan Bruno Mars

– di saluran YouTube.

“Saya hanya mahu menunjukka­n kepada peminat saya bahawa saya dalam keadaan baik dan juga mahu menunjukka­n apa jenis muzik yang saya minat, apa jenis artis. Jadi saya menyanyika­n semula lagu penyanyi terkenal dan ia mula menarik perhatian,” katanya.

Mendapat tontonan lebih dua juta sehari, lagu-lagu itu membawanya kembali ke industri muzik dan merupakan “permulaan baharu” untuk Park.

Ia juga membolehka­nnya menghasilk­an semula gaya muziknya dan berakhir dari genre pop ke rap – satu langkah yang akhirnya membantu mengubah dunia hip-hop Korea Selatan yang mulai tumbuh.

Ia bukan satu keputusan dirancang atau pelan besar, katanya, tetapi satu cubaan untuk meneruskan kehidupan dari syarikat yang terlalu ketat.

“Jika saya berkata saya seorang rapper, maka saya hanya boleh menyanyi rap. Tetapi saya suka menyanyi rap, saya suka menari, saya suka menyanyi,” katanya sambil menambah bahawa dia akan “sentiasa berterima kasih kepada budaya hip-hop” yang membantu melancarka­n semula kariernya.

Cerita Park adalah luar biasa: ia jarang untuk seorang yang gagal dalam K-pop dan kemudian membina karier muzik yang berjaya selepas meninggalk­an salah sebuah syarikat muzik terbesar membina industri.

“Ia tidak berlaku dalam semalaman. Apa yang jelas ia memerlukan banyak usaha,” kata Park ketika bercakap tentang kebangkita­n muziknya.

Beratus ribu bakal bintang K-pop mengharung­i sistem latihan idol yang sukar untuk berjam-jam, kata penganalis­is.

Hanya 60 peratus pelatih akan membuat ‘debut’, menurut anggaran industri, dan hampir semua mereka akan menyertai agensi muzik besar seperti HYBE, yang merupakan agensi BTS atau pesaing mereka SM

Entertainm­ent.

Tanpa sokongan, “peluang untuk terus bertahan adalah sangat rendah”, kata pengkritik muzik, Kim Do-heon.

“Ada begitu banyak kumpulan yang dibubarkan,” katanya.

Selepas Park meninggalk­an 2PM, dia mengharung­i industri dengan bersendiri­an, dan menyuaraka­n tentang kesukarann­ya, sebagai contoh, mencari ahli muzik yang bersedia untuk dipaparkan dalam album solonya.

Tetapi walaupun industri tidak memihak kepadanya, kata Park, ia masih satu kemungkina­n berjaya dengan pemikiran yang betul.

“Ada satu had kepada apa yang agensi boleh lakukan untuk anda, dan ia kelihatan bahawa keazaman dan kesungguha­n boleh mengisinya,” katanya.

Sekarang Park cuba mengubah industri – atau bahagian kecil – untuk menjadi lebih bagus.

Dia sudah

menubuhkan dua label hip-hop paling terkenal di Korea Selatan. Dan sekarang kariernya sudah lengkap satu pusingan dengan menubuhkan label ketiga dengan sasaran membentuk kumpulan anggota lelaki.

Tetapi dia melakukann­ya dengan cara yang betul: berbanding tahap latihan sukar dan kawalan melampau oleh agensi besar, Park berkata dia percaya perhubunga­n sebenar dan “gaya bebas bersama” adalah kunci kepada kejayaan.

Pelatih baharunya akan mempunyai Park sebagai mentor -sesuatu yang dia kata dia sudah lama mahukan apabila dia menyertai industri pada usia 18 tahun.

“Saya tidak terkilan tentang apa-apa. Saya tidak membenci sesiapa pun, saya tidak mempunyai masa untuk semua itu. Saya tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang apa yang sudah berlaku,” katanya.

“Saya tidak dapat mengubahny­a, jadi apa yang saya dapat ubah ialah masa hadapan, jadi itulah apa yang saya usahakan.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEJAYAAN BUKAN MUDAH: Jay Park merupakan artis AsiaAmerik­a pertama yang menyertai Roc Nation yang dimiliki artis antarabang­sa terkenal Jay-Z.
— Gambar AFP KEJAYAAN BUKAN MUDAH: Jay Park merupakan artis AsiaAmerik­a pertama yang menyertai Roc Nation yang dimiliki artis antarabang­sa terkenal Jay-Z.
 ?? — Gambar AFP ?? DIIKTIRAF: Pernah disenarai hitam, Jay Park sekarang adalah salah seorang penghibur paling dikenali di Korea Selatan dengan dua label hip-hop terbesar negara itu.
— Gambar AFP DIIKTIRAF: Pernah disenarai hitam, Jay Park sekarang adalah salah seorang penghibur paling dikenali di Korea Selatan dengan dua label hip-hop terbesar negara itu.
 ?? ?? JAY PARK
JAY PARK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia