Utusan Borneo (Sarawak)

Kes tuntutan palsu Azlan di Kangar dibicara bersama kes AMLA di Mahkamah Kuala Lumpur

- KUALA LUMPUR:

Kes tuntutan palsu bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di Mahkamah Sesyen Kangar akan dibicaraka­n bersama lima lagi kes menerima wang hasil aktiviti haram yang dihadapiny­a di Mahkamah Sesyen di sini.

Ini berikutan keputusan Hakim Azura Alwi, yang membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong supaya kelima-lima pertuduhan tuntutan palsu dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen di sini untuk didengar bersama lima pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram mengikut Seksyen 165 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

“Pihak pendakwaan telah menyerahka­n dokumen berkaitan kes tersebut kepada pembelaan mengikut Seksyen 51A KTJ. Kami juga memohon mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan kerana difahamkan pihak pembelaan berhasrat untuk menghantar representa­si kepada Jabatan Peguam Negara (AGC),” kata Lim.

Peguam Burhanudee­n Abdul Wahid yang mewakili Azlan tidak membantah permohonan pendakwaan untuk menggabung­kan kesemua kes berkenaan dan mengesahka­n menerima kesemua dokumen berkaitan selain memaklumka­n

pihaknya memerlukan masa untuk meneliti dokumen serta mendapatka­n arahan lanjut daripada anak guam berkenaan representa­si tersebut.

Terdahulu, Azlan, 64, berkemeja biru mengekalka­n pengakuan tidak bersalah selepas kelima-lima pertuduhan mengemukak­an tuntutan palsu dibacakan semula di hadapan Azura, yang kemudianny­a menetapkan 8 Sept depan untuk sebutan semula kes.

Pada 10 April lepas, Azlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.18 juta antara 2013 dan 2017.

Mengikut kesemua pertuduhan,

Azlan sebagai ejen Kerajaan Negeri Perlis iaitu Menteri Besar Perlis didakwa menggunaka­n beberapa dokumen mengandung­i butiran palsu bagi membuat tuntutan kemudahan Cuti Seberang Laut ke London, United Kingdom sedangkan tidak ada perjalanan seperti yang dituntut tersebut.

Dokumen itu antaranya invois dan sebut harga tiket penerbanga­n pergi balik dan hotel penginapan yang dikeluarka­n Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd, selain Pesanan Kerajaan Negeri Perlis (borang AM 75E) yang didakwa digunakan bagi membuat tuntutan kos tiket penerbanga­n, hotel penginapan dan pengangkut­an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Azlan (dua kanan) hadir untuk sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama HADIR: Azlan (dua kanan) hadir untuk sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia