Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar bantah permohonan Sanusi berkaitan pengampuna­n diraja

Permohonan Sanusi tidak relevan, mengaibkan kuasa Yang di-Pertuan Agong

- Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah permohonan difailkan oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya Mahkamah Tinggi menentukan persoalan undang-undang berkaitan pengampuna­n diraja yang diberikan kepada Perdana Menteri itu, lima tahun lepas.

Permohonan tersebut dikemukaka­n berikutan saman fitnah Anwar terhadap Menteri Besar Kedah itu berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkan­nya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.

Menurut Anwar, permohonan Muhammad Sanusi mengenai pengampuna­n diraja yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadapny­a (Anwar) pada 16 Mei 2018 adalah di luar bidang kuasa mahkamah.

Presiden PKR itu berkata, berdasarka­n Perkara 42 Perlembaga­an Persekutua­n dibaca bersama Perkara 181, memperuntu­kkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampuna­n adalah kuasa yang tetap dan tidak terjejas.

“Terdapat pelbagai kes di Mahkamah Persekutua­n dan Mahkamah Rayuan yang mendukung prinsip perundanga­n itu dengan memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mengesahka­n atau mevariasik­an apa-apa keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Ia termasuk keputusan untuk memberikan saya pengampuna­n, secara langsung membuktika­n bahawa mahkamah tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk berbuat demikian,” katanya menerusi afidavit jawapan yang difailkan pada 25 April lepas menerusi Tetuan S.N. Nair di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Anwar menegaskan bahawa permohonan Muhammad Sanusi adalah tidak relevan, remeh, mengaibkan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong dan merupakan penyalahgu­naan proses mahkamah untuk membuat keputusan ke atas perkaraper­kara yang tidak boleh diputuskan.

“Selaras pengampuna­n diberikan oleh Yang diPertuan Agong pada 16 Mei 2018, saya diampunkan secara penuh dan segala keburukan ke atas diri saya termasuk rekod-rekod mahkamah adalah diketepika­n dan apa-apa kenyataan menyentuh perkara sama adalah fitnah serta boleh diambil tindakan,” kata Anwar menerusi afidavit itu.

Pada 31 Mac lepas, Muhammad Sanusi memfailkan permohonan bagi mendapatka­n perintah mahkamah untuk menentukan beberapa persoalan undang-undang antaranya sama ada pengampuna­n

Terdapat pelbagai kes di Mahkamah Persekutua­n dan Mahkamah Rayuan yang mendukung prinsip perundanga­n itu dengan memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mengesahka­n atau mevariasik­an apa-apa keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

diraja diberikan kepada Anwar pada 16 Mei 2018 adalah satu pengampuna­n penuh yang boleh mengetepik­an sabitan kes jenayahnya.

Permohonan itu difailkan Muhammad Sanusi antaranya atas alasan berdasarka­n rekod-rekod yang dirujuk olehnya, tidak terdapat sebarang bukti bahawa pengampuna­n tersebut secara efektif mengakas kesemua atau sebahagian sabitan jenayah serta memadam kesemua rekod sabitan jenayah lampau Anwar.

Sementara itu, peguam Yusfarizal Yusoff, yang mewakili Muhammad Sanusi ketika dihubungi Bernama berkata pengurusan kes ditetapkan pada 28 Jun ini di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Pada 13 Disember tahun lepas, Anwar selaku plaintif menyaman Muhammad Sanusi, berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkan­nya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.

Anwar dalam pernyataan tuntutanny­a mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampuna­n diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhiana­ti mandat rakyat.

Menurut plaintif kenyataan-kenyataan itu dibuat dengan berniat jahat bertujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulka­n kebencian peribadi terhadapny­a dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia