Utusan Borneo (Sarawak)

Pelakon Hafidz Roshdi disahkan waras, layak dibicara cederakan isteri

-

KUALA KUBU BHARU:

Mahkamah Majistret di sini semalam diberitahu bahawa pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa atas pertuduhan mencederak­an isterinya pada Mac lepas, disahkan waras dan boleh dibicaraka­n atas pertuduhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri berkata, ia berdasarka­n laporan psikiatri yang dikeluarka­n Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak ke atas Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29.

“Pihak pendakwaan telah menerima laporan psikiatri itu dan laporan tersebut menyatakan tertuduh adalah waras dan boleh dibicaraka­n oleh mahkamah ini,” katanya semasa sebutan kes di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret.

Asmaa turut memohon kepada mahkamah satu tarikh sebutan lain ditetapkan bagi serahan dokumen.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Hafidz memohon supaya salinan laporan psikiatri itu dapat diserahkan kepada pembelaan untuk pihaknya meneliti kandungan laporan berkenaan, namun Asmaa berkata pendakwaan hanya mempunyai satu salinan laporan dan ia akan diserahkan pada sebutan kes akan datang.

Mahkamah kemudian

menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding sebelum ini, mahkamah memerintah­kan supaya pelakon itu mendapatka­n pemeriksaa­n dan rawatan psikiatri selepas pihak pendakwaan memohon supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada 13 Mac lepas, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali

sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak.

Pelakon drama bersiri “Tundukkan Playboy Itu”, dituduh melakukan kesalahan itu berhampira­n susur keluar Tol Sungai Buaya di sini pada 3.22 pagi, 2 Mac lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Mahkamah Majistret di Kuala Kubu Bharu semalam diberitahu bahawa pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa atas pertuduhan mencederak­an isterinya pada Mac lepas, disahkan waras dan boleh dibicaraka­n atas pertuduhan tersebut.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Mahkamah Majistret di Kuala Kubu Bharu semalam diberitahu bahawa pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa atas pertuduhan mencederak­an isterinya pada Mac lepas, disahkan waras dan boleh dibicaraka­n atas pertuduhan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia