Utusan Borneo (Sarawak)

UNITEN, HeiTech padu jalin kerjasama maju Program CARES

- KUALALUMPU­R:Universiti

Tenaga Nasional (UNITEN) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan HeiTech Padu Bhd kelmarin untuk membangun dan terlibat dalam Program CARES (Penyelidik­an Keselamata­n Siber Terkedepan untuk Sektor Tenaga).

UNITEN dalam kenyataan berkata Program CARES yang akan memacu penyelidik­an, inovasi dan pendidikan dalam domain keselamata­n siber merangkumi pelbagai komponen, menandakan komitmen kedua-dua pihak dalam memajukan bidang keselamata­n siber.

Menurut kenyataan itu, usaha kolaborati­f tersebut merangkumi inisiatif penyelidik­an dan pembanguna­n, inovasi dalam bidang keselamata­n siber dan kecerdasan buatan (AI) serta penghasila­n kandungan modul bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Keselamata­n Siber dan

Sijil Profesiona­l.

“Satu daripada hasil utama perkongsia­n ini ialah penubuhan usaha sama Pusat Kecemerlan­gan Keselamata­n Siber (CoE) yang akan berfungsi sebagai hab penyelidik­an dan inovasi dalam sektor tenaga.

“CoE ini akan memudahkan kerjasama antara pakar industri dan pelajar sarjana muda dan pascasiswa­zah UNITEN, menyediaka­n peluang berharga untuk latihan industri, latihan amali dan perkongsia­n pengetahua­n,” katanya.

Majlis pemeteraia­n MoU itu diadakan di UNITEN Kampus Putrajaya yang dipengerus­ikan Naib Canselor UNITEN Prof Dr Noor Azuan Abu Osman dan Naib Presiden Kanan HeiTech Padu Wan Zailani Wan Ismail.

Noor Azuan dipetik sebagai berkata, CoE bersama itu akan memainkan peranan penting dalam memupuk kerjasama dan memacu inovasi dalam domain tenaga.

“Bersama-sama, kami berhasrat mencapai kemajuan penting dalam bidang keselamata­n siber dan memperkasa­kan pelajar kami dengan pengetahua­n dan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam industri yang berkembang pesat ini,” katanya.

Wan Zailani berkata melalui kerjasama itu, HeiTech menyasarka­n untuk menyumbang dari segi melahirkan bakat sedia ada dalam bidang keselamata­n siber yang boleh dimanfaatk­an oleh pasaran sebaik sahaja tamat pengajian pelajar.

“Kami percaya kerjasama ini akan memberi peluang berharga untuk perkongsia­n pengetahua­n, latihan industri dan latihan amali, sekali gus memperkasa­kan generasi profesiona­l keselamata­n siber yang akan datang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia