Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO cadang kerajaan segerakan penubuhan SEGiM: Ahmad Zahid

Untuk mengawal selia ekosistem industri gig, jaga kebajikan rantaian ekonomi

- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO — Bernama

KUALA LUMPUR: UMNO mencadangk­an supaya kerajaan segera menubuhkan Suruhanjay­a Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) yang bertujuan mengawal selia ekosistem industri gig dan menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi bermula daripada penyedia perkhidmat­an, pembekal dan sehingga pekerja dan pengguna.

Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sektor ini kian berkembang pesat di negara ini dengan lebih 1.12 juta pekerja gig telah berdaftar dengan

Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC).

“Tambahan pula lebih 80 peratus daripada pengguna ekonomi gig ini adalah anak muda.

“Justeru, jangan kita mengetepik­an arus evolusi digital yang menguasai pasaran ekonomi internet Malaysia yang telah mencapai transaksi multibilio­n, sehingga mencecah RM52.4

Justeru, jangan kita mengetepik­an arus evolusi digital yang menguasai pasaran ekonomi internet Malaysia yang telah mencapai transaksi multibilio­n, sehingga mencecah RM52.4 bilion pada tahun 2020 sahaja, malah dijangka berkembang pada kadar 23 peratus setiap tahun.

bilion pada tahun 2020 sahaja, malah dijangka berkembang pada kadar 23 peratus setiap tahun,” katanya ketika menyampaik­an Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpuna­n

Agung UMNO 2023 di sini, pada Jumaat.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata penubuhan SEGiM akan memberi sinar baharu kepada peserta ekonomi gig serta pengusaha Grab, LalaMove, Food Panda dan lain-lain.

“Ia juga akan membolehka­n kerajaan menstruktu­rkan sistem percukaian ekonomi

gig yang menyaksika­n pengaliran besar aliran tunai melalui perkhidmat­an ini ke luar negara,” katanya.

UMNO turut menggesa kerajaan supaya dapat menyegerak­an pelaksanaa­n semula pembanguna­n projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) yang dimulakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita juga mahu agar

pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan (Lebuhraya) Pan Borneo, untuk manfaat rakyat Sabah dan Sarawak disiapkan mengikut jadual, supaya kemudahan ini menjadi pemangkin kawasan pertumbuha­n baharu yang dapat menjana ekonomi, peluang pekerjaan dan membangunk­an perusahaan kecil,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (duduk, kanan) semasa menghadiri Perhimpuna­n Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama CERIA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (duduk, kanan) semasa menghadiri Perhimpuna­n Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia