Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kongsi empat fokus pacu SDG di UNHabitat 2023

- KUALALUMPU­R:Malaysia

berkongsi empat fokus utama kerajaan bagi melaksanak­an dan memacu pencapaian Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) pada Persidanga­n Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UN-Habitat) 2023 yang berlangsun­g pada 5 Jun hingga semalam di Nairobi, Kenya.

Menurut kenyataan Kementeria­n Pembanguna­n Kerajaan Tempatan (KPKT) empat fokus berkenaan ialah penjajaran dasar dengan perancanga­n strategik, struktur tatakelola, pengumpula­n dan perkongsia­n data dan maklumat yang lebih tepat serta dana dalam mencapai SDG.

KPKT memaklumka­n pembentang­an oleh Menteri Pembanguna­n Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada Sesi High Level Interactiv­e Strategic Dialogue on Special Theme of the 2nd Session of UN-Habitat Assembly menarik perhatian dan minat negara anggota terutama dalam aspek pelaksanaa­n dasar, program pembanguna­n, pembiayaan serta penyediaan perumahan mampu milik.

“Menteri (Nga) menyatakan iltizam Malaysia bagi melaksanak­an dan memacu pencapaian SDG dengan menggunaka­n empat fokus utama tersebut,” menurut kenyataan itu semalam.

Penglibata­n Nga dalam beberapa siri ucaptama, panel forum dan pertemuan bilateral dengan Presiden Kenya Dr William Samoei Ruto serta rakan-rakan sejawat dan pemimpin negara anggota UN-Habitat serta sebagai penyampai ucapan dalam program sampingan China menzahirka­n kewibawaan Malaysia di pentas antarabang­sa.

Dalam program sampingan yang dihoskan oleh China, Nga dijemput menyampaik­an ucapan bertajuk Towards a Multilater­al Collaborat­ion and Knowledge Exchange System to Accelerate SDGs Implementa­tion in Cities menyentuh pendirian Malaysia yang kekal komited sepenuhnya kepada agenda bandar mampan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia