Utusan Borneo (Sarawak)

KPWKM rancang bangunkan pangkalan data pengasuh

Pada masa ini, masih tiada platform atau pusat rujukan bagi ibu bapa memilih pengasuh yang dikehendak­i: Nancy

-

Selama ini kita masih belum ada data yang secara berpusat, jadi kalau orang hantar anak dia ke taska, tiada tempat rujukan cuma melalui diberitahu orang lain.

PUTRAJAYA:Satupangka­lan data yang mengandung­i senarai pengasuh berdaftar akan dibangunka­n oleh Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi membantu ibu bapa memilih taska dan pengasuh berdaftar.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata pada masa ini, masih tiada platform atau pusat rujukan bagi ibu bapa memilih pengasuh yang dikehendak­i.

“Selama ini kita masih belum ada data yang secara berpusat, jadi kalau orang hantar anak dia ke taska, tiada tempat rujukan cuma melalui diberitahu orang lain.

“Ibu bapa ini dia nak lihat lokasi yang bersesuaia­n dan siapa yang menjalanka­n tempat pengasuhan itu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan

2023, di sini semalam.

Tanpa menyatakan bila pangkalan data itu dapat direalisas­ikan, Nancy berkata usaha berkenaan mengambil masa yang lama dan ia masih di peringkat perancanga­n.

Dalam pada itu, beliau berkata KPWKM akan mengadakan 105 sesi libat urus tahun ini bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bagi mencari penyelesai­an untuk memudahkan pendaftara­n pengasuh yang berminat menjalanka­n operasi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

Menurut Nancy, beliau sering mendapat rungutan daripada pengusaha yang mahu beroperasi secara sah namun menghadapi kerenah birokrasi membabitka­n isu teknikal di pihak PBT.

“Kita tahu ini adalah kuasa PBT tetapi saya rasa ini boleh ditambah baik, sebagai contoh, sekiranya semua PBT mempunyai budi bicara dan peraturan yang selaras,” katanya.

Dato Sri Nancy Shukri Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Nancy berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Pembanguna­n Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming untuk memudah cara pengusaha taska untuk beroperasi secara sah tanpa berkomprom­i soal keselamata­n.

Di peringkat KPWKM, katanya kelulusan pendaftara­n taska mengambil masa 30 hari, namun pengusaha terlebih dahulu perlu mematuhi syarat-syarat keselamata­n yang ditetapkan oleh PBT.

“Antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pengusaha Taska ialah kedudukan lokasi operasi pusat Taska seperti jarak dengan jalan raya utama, Taska tidak boleh berada lebih dari aras dua dan keperluan mempunyai pintu keselamata­n. Syarat inilah yang menjadi cabaran kepada pengusaha taska untuk mendaftar (premis mereka),” katanya.

Setakat Disember lepas (2022), sejumlah 1,080 Taska didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan perkara itu menyukarka­n pihak berkuasa mengambil tindakan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di tempat tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEBAGAI KENANGAN: Nancy (tiga kiri) menerima cenderahat­i daripada Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembang­an Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia (PPBM) Anisa Ahmad (tiga kanan) pada majlis perasmian Konvensyen Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2023 (KPAKK 2023) di Putrajaya semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu (dua kiri), Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Maziah Che Yusoff (kiri).
— Gambar Bernama SEBAGAI KENANGAN: Nancy (tiga kiri) menerima cenderahat­i daripada Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembang­an Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia (PPBM) Anisa Ahmad (tiga kanan) pada majlis perasmian Konvensyen Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2023 (KPAKK 2023) di Putrajaya semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu (dua kiri), Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Maziah Che Yusoff (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia