Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool tambat Allister dari Brighton

-

Liverpool kelmarin menandatan­gani pemenang Piala Dunia Argentina, Alexis Mac Allister dari Brighton dengan bayaran yang boleh mencecah sehingga 55 juta pound.

Pemain berusia 24 tahun itu ialah kunci pertama dalam pembinaan semula bahagian tengah Liverpool, yang menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana musim lalu.

“Rasanya luar biasa,” kata Mac Allister, difahamkan telah menandatan­gani perjanjian lima tahun di Anfield. “Ia impian menjadi kenyataan. Sungguh mengagumka­n untuk berada di sini dan saya tidak sabar untuk memulakann­ya.

“Saya mahu masuk dari hari pertama pra-musim, jadi bagus apabila segalanya sudah selesai. Saya tidak sabar untuk bertemu rakan sepasukan.

“Ia tahun yang hebat bagi saya – Piala Dunia, pencapaian kami dengan Brighton – tetapi kini tiba masanya untuk memikirkan tentang Liverpool dan cuba menjadi pemain dan insan yang lebih baik setiap hari.”

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp sedang berusaha untuk memperkuku­h bahagian tengahnya selepas pemergian James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlai­n.

Liverpool bergelut pada musim lalu selepas hampir memeterai empat kemenangan pada 2021/2022, dan telah dikritik kerana gagal mengukuhka­n bahagian tengah mereka sepanjang jendela perpindaha­n baru-baru ini.

Klopp teruja dengan kedatangan Mac Allister, yang dilaporkan menelan perbelanja­an permulaan sebanyak 35 juta pound.

Mac Allister akan mengambil baju nombor 10 yang dipikul cemerlang oleh bintang Liverpool terdahulu Sadio Mane, John Barnes dan Michael Owen.

“Kami menambah pemain yang sangat berbakat, sangat pintar, sangat mahir dari segi teknikal ke dalam skuad kami dan ini ialah berita hebat,” kata jurulatih Jerman itu.

“Saya fikir dunia bola sepak tidak memerlukan saya untuk bercakap terlalu banyak tentang kualiti Alexis kerana mereka sudah cukup mengenalin­ya.

“Jelas sekali dia seseorang yang boleh bermain di beberapa posisi bahagian tengah dan seorang yang serba boleh. Dia tenang serta mempunyai kecerdasan permainan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia