Utusan Borneo (Sarawak)

Berita penghijrah­an Messi ke Inter Miami lonjak jumlah pengikut kelab di media sosial

-

Lionel Messi masih belum menandatan­gani perjanjian­nya dengan Inter Miami tetapi minat orang ramai terhadap perpindaha­n pemain Argentina itu mendorong peningkata­n besar dalam media sosial, penjualan tiket dan banyak lagi.

Pengikut Inter Miami di instagram telah bertambah lima kali ganda sejak bekas pemain hebat Barcelona itu mendedahka­n pada hari Rabu bahawa dia akan menuju ke kelab Liga Bola Sepak Utama (MSL) itu.

Pada pagi Rabu, akaun Inter mempunyai kira-kira 900,000 pengikut, jumlah yang meningkat di ambang khabar angin kemungkina­n kedatangan Messi.

Tidak sampai 24 jam selepas berita itu tersebar, jumlah itu telah melonjak kepada 5.7 juta pengikut.

Jumlah itu melebihi dua kali ganda pengikut juara Super Bowl NFL, Kansas City Chiefs dan bahkan melebihi 4.5 juta pengikut ‘pasukan Amerika’, Dallas Cowboys.

Inter Miami kini mempunyai lebih 7.5 juta pengikut di semua platform sosial dan menambah lebih daripada lima juta pengikut baharu pada hari pengumuman.

Lebih ramai peminat Messi akan berminat untuk mengikuti kandungan kelab memadangka­n pemain itu mempunyai 469 juta pengikut di akaun peribadi Instagramn­ya.

Angka itu menjadikan­nya ahli sukan kedua paling

popular di Instagram, di belakang Cristiano Ronaldo yang mempunyai 588 juta pengikut.

Berita tentang keputusan Messi juga memberi kesan besar kepada pasaran tiket untuk permainan MLS.

Syarikat teknologi tiket Logitix menganalis­is permintaan tiket di seluruh liga dalam tempoh 24 jam sejak pengumuman Messi dan mendapati bilangan tiket yang dijual di pasaran sekunder untuk perlawanan Inter Miami meningkat empat kali ganda (tempat sendiri dan tempat lawan) berbanding keseluruha­n tempoh jualan 169 hari sebelumnya.

Harga purata pembelian untuk perlawanan tuan rumah Inter Miami meningkat daripada 31 dolar kepada

152 dolar manakala untuk perlawanan di tempat lawan mereka meningkat daripada 94 dolar kepada 207 dolar.

Peningkata­n terbesar diperhatik­an pada perlawanan Inter Miami menentang Charlotte FC pada 20 Ogos – dengan purata harga jualan melonjak daripada 18 dolar kepada 169 dolar.

Purata harga tiket perlawanan Piala Liga kelab itu menentang pasukan Mexico, Cruz Azul pada 21 Julai meningkat daripada 24 dolar kepada 521 dolar.

Walaupun kontrak Messi masih belum dimuktamad­kan dan tiada butiran didedahkan kepada umum, MLS telah menandatan­gani perjanjian 10 tahun dengan Apple TV, yang bermula musim ini dan itu mungkin menjadi elemen dalam kontraknya.

Apple TV turut mengumumka­n siri dokumentar­i empat bahagian tentang Messi yang difilemkan di Paris, Qatar dan Argentina, mengikuti perjuangan­nya ke Piala Dunia Disember lalu.

Messi memberikan akses eksklusif kepada pembuat filem dan dengan Apple telah mencipta seluruh platform untuk kandungan MLS dan diberi banyak ruang untuk ceritanya di Amerika.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu menandatan­gani perjanjian seumur hidup dengan pengeluar pakaian sukan Adidas pada 2017 dan syarikat Jerman itu berkemungk­inan turut menerima wang tunai atas ketibaan pemain itu dalam liga di mana mereka merupakan pembekal kit eksklusif kepada Miami dan semua pasukan.

 ?? — Gambar AFP ?? STATUS MELONJAK: Gambar dari luar Stadium DRV PNK yang menjadi stadium rasmi pasukan Inter Miami di Fort Lauderdale di Florida.
— Gambar AFP STATUS MELONJAK: Gambar dari luar Stadium DRV PNK yang menjadi stadium rasmi pasukan Inter Miami di Fort Lauderdale di Florida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia