Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 5,000 tiket aksi Harimau Malaya, Kepulauan Solomon terjual

-

KUALA LUMPUR: Sambutan jualan tiket bagi Perlawanan Antarabang­sa Tier 1 antara Malaysia dan Kepulauan Solomon pada 14 Jun ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, agak memberangs­angkan selepas hampir 5,000 tiket terjual setakat ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Noor Azman Rahman percaya perlawanan persahabat­an berkenaan bakal meriah dengan penganjura­n festival di pekarangan stadium bagi menyemarak­kan lagi aksi tersebut.

Beliau berkata program yang akan diadakan di pekarangan venue pada hari perlawanan termasuk aksi persahabat­an antara bekas pemain Terengganu dan bekas pemain skuad kebangsaan di padang sintetik, pameran serta pertanding­an bola sepak bawah umur.

“Saya minta penyokong di Pantai Timur untuk segera beli tiket. Saya nampak sambutan agak memberangs­angkan dengan adanya festival berbanding perlawanan persahabat­an di Johor Mac lepas yang dijalankan pada bulan puasa,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pasukan negara sebelum ini, mengharung­i dua aksi persahabat­an di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Mac, menyaksika­n skuad kebangsaan mencatat kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenist­an dan Hong Kong.

Dalam pada itu, Noor Azman berkata jualan tiket bagi satu lagi perlawanan persahabat­an menentang Papua New Guinea, pada 20 Jun ini di venue sama dilihat agak perlahan apabila kurang daripada 1,000 tiket sahaja terjual setakat ini.

Awal bulan ini, FAM memaklumka­n penjualan tiket bagi kedua-dua aksi menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea berharga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka manakala RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun dan hanya boleh didapati menerusi https://www. tickethotl­ine.com.my/.

Tiada penjualan tiket secara fizikal di stadium dilakukan melibatkan perlawanan dengan kedua-dua negara terbabit.

Aksi persahabat­an tersebut adalah sebagai persediaan Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023 yang berlangsun­g di Qatar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia