Lebih RM16 juta kerugian kes komersial di Sibu
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM7.4 juta berbanding tahun 2022, menurut statistik PDRM
Penyelesaian kes bagi tahun 2023 adalah sebanyak 391 pertuduhan telah dibuat termasuk kejayaan penahanan tiga suspek dipercayai along di bawah Seksyen 5(2) APPW/427 Kanun Keseksaan.
SIBU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu merekodkan lebih RM16 juta kerugian akibat kes komersial di daerah ini tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM7.4 juta berbanding tahun sebelumnya.
Susulan itu jelasnya, sebanyak 615 kertas siasatan dibuka pada 2023 berbanding 443 kertas siasatan yang dibuka pada 2022.
“Penyelesaian kes bagi tahun 2023 adalah sebanyak 391 pertuduhan telah dibuat termasuk kejayaan penahanan tiga suspek dipercayai along di bawah Seksyen 5(2) APPW/427 Kanun Keseksaan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan (Januari) 2024 di sini, semalam.
ACP Zulkipli Suhaili
Selain itu katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu dalam tempoh
Januari hingga Disember 2022 mencatat rampasan dadah bernilai melebihi RM1.7 juta
manakala bagi tempoh sama pada 2023 nilai rampasan dadah dianggarkan melebihi
RM2.6 juta.
“Pada 2022, kita merekodkan 879 tangkapan manakala 2023 pula 1,122 tangkapan,” katanya.
Zulkipli turut berkongsi kes indeks jenayah sepanjang tahun 2022 adalah sebanyak 438 kes dengan 422 daripadanya selesai iaitu kejayaan sebanyak 96 peratus.
“Pada 2023, jumlah keseluruhan kes jenayah ialah 518 dengan 445 (86 peratus) daripadanya selesai,” katanya.
Beliau juga yakin semua anggotanya mampu melakukan perubahan ke arah penambahbaikan perkhidmatan dengan kerja keras dan keikhlasan dalam memberikan yang terbaik kepada pasukan.
“Sayaberharapsemuawarga IPD Sibu sentiasa komited, amanah dan berdedikasi dalammenjalankantugasdemi memastikan kesejahteraan dan ketenteraman serta keselamatan rakyat daerah Sibu amnya,” tambahnya.