Jadikan reka bentuk IC kurikulum akademik: Sagah
Bagi pastikan graduan universiti tempatan mahir dalam aspek kritikal teknologi reka bentuk Litar Bersepadu
KUCHING: Universiti tempatan diseru memasukkan reka bentuk Litar Bersepadu (IC) sebagai kurikulum akademik bagi memastikan graduan mahir dalam aspek kritikal teknologi itu.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia bagi menyediakan graduan memenuhi permintaan landskap teknologi yang sentiasa berkembang selain memberikan kelebihan daya saing kepada mereka dalam pasaran pekerjaan.
“Selain itu, ia memupuk kepakaran dalam reka bentuk IC yang menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan keseluruhan industri tempatan kita.
“Kesimpulannya, kemasukan reka bentuk IC dalam program akademik kita bukan sekadar strategi untuk pembangunan kemahiran individu tetapi ia merupakan langkah strategik yang berpotensi untuk mengubah Sarawak menjadi pusat inovasi, teknologi dan pertumbuhan ekonomi yang berkembang maju,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Majlis ‘Train-The-Trainers: Talent Development in Semiconductor and Chip Design’ anjuran Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor Sdn Bhd di sini, semalam.
Sagah yang juga pengerusi SMD berkata, untuk meletakkan Sarawak di barisan hadapan dalam menghasilkan bukan sahaja bakat tempatan yang bernilai tinggi tetapi juga berkemahiran tinggi.
Katanya, bagi memupuk pertumbuhan KDNK perkilangan negeri melalui eksport yang menguntungkan seperti komponen atau cip semikonduktor, adalah penting untuk kerajaan menggabungkan reka bentuk Litar
Selain itu, ia memupuk kepakaran dalam reka bentuk IC yang menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan keseluruhan industri tempatan kita.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn
Bersepadu ke dalam program akademik.
“Dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja melengkapkan graduan dengan kemahiran terkini tetapi juga memainkan peranan penting dalam meletakkan wilayah
kita sebagai pusat tumpuan untuk inovasi dan teknologi,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya Sagah berkata, beliau amat menggalakkan semua untuk menyokong reka bentuk IC dan menyerlahkannya
sebagai pilihan yang baik untuk pelajar memulakan pengajian mereka.
Katanya, mempromosikan reka bentuk IC sebagai pilihan utama bukan sahaja menambah baik pilihan akademik tetapi juga memberi peluang kepada pelajar untuk berjaya dalam bidang dinamik ini.
“Mari kita bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memperkasakan orang ramai dan mendorong institusi kita menjadi peneraju dalam pendidikan teknologi,” tegas beliau.
Katanya, masyarakat harus menerima tanggapan bahawa reka bentuk IC bukan sematamata untuk pilihan kerjaya tetapi usaha menarik yang berpotensi untuk memikat imaginasi graduan kita.
“Dengan berbuat demikian, kita membuka jalan untuk masa depan di mana graduan kita bukan sahaja mahir dalam bidang akademik tetapi juga tertarik ke arah kerjaya yang berkesan dan dinamik dalam reka bentuk IC.
“Dengan menyepadukan reka bentuk IC ke dalam tawaran akademik kita, kita meletakkan asas bagi ekosistem tempatan yang bertenaga dan dinamik yang menarik golongan profesional, penyelidik dan perniagaan,” katanya.
Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menterinya Datuk Francis Harden Hollis dan Ketua Pegawai Eksekutif SMD Shariman Jamil serta yang lain.