Mainoo selamatkan tiga mata Man Utd
Bintang muda Man Utd itu jaringkan gol kemenangan pada minit akhir pada aksi EPL menentang Wolves di Stadium Molineux
LONDON: Kobbie Mainoo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-97 ketika Manchester United merampas kemenangan dramatik 4-3 ke atas Wolves kelmarin selepas membazirkan kelebihan dua gol.
Kepulangan Marcus Rashford membawa gol, beberapa hari selepas didenda kerana tidak berlatih selepas keluar malam, nampaknya bakal menjadi tajuk utama ketika United mendahului 2-0.
Scott McTominay memulihkan kelebihan dua gol pelawat selepas penalti Pablo Sarabia untuk Wolves.
Pasukan tuan rumah kelihatan seperti memiliki satu mata apabila Max Kilman dan Pedro Neto menjaringkan gol lewat.
Bagaimanapun, Mainoo pemain 18 tahun memberikan satu sentuhan terakhir dengan larian solo yang cemerlang dan menjaringkan gol, mempersembahkan potensinya sebagai bintang.
“Dia membuat kemajuan yang luar biasa. Dia mempunyai kebolehan yang hebat,” kata pengurus United, Erik ten Hag.
“Dia pemain tengah yang moden, dia boleh menyerang dan bertahan. Dia mempunyai kecerdasan untuk melakukan kedua-duanya dan ketahanan fizikal.”
Rashford terlepas kemenangan 4-2 United dalam Piala FA di Newport County pada Ahad selepas dia menghabiskan dua malam di kelab malam Belfast minggu lalu.
Ten Hag menegaskan sebelum perlawanan bermula bahawa “kes sudah ditutup” selepas perkara itu ditangani secara dalaman.
Rashford dilaporkan didenda 650,000 pound - bersamaan dengan gaji dua minggu.
Tetapi pemain antarabangsa England itu memberi impak segera apabila dia kembali, menampilkan permulaan yang sempurna kepada
pelawat selepas lima minit dengan penyudahan cantik dari luar kotak penalti.
Rasmus Hojlund kemudian menjaringkan gol ketiganya dalam empat perlawanan Liga Perdana menerusi hantaran lintang Luke Shaw ketika anak buah Ten Hag menghasilkan 45 minit terbaik musim ini.
Jurulatih Belanda itu menjelaskan bahawa prestasi buruk pasukannya musim ini
adalah akibat krisis kecederaan dan Red Devils bertambah baik dengan kepulangan Shaw, Lisandro Martinez dan Casemiro yang semuanya kembali dalam pasukan selepas beberapa bulan.
Wolves telah menewaskan Manchester City, Tottenham dan Chelsea di laman sendiri musim ini dan telah kembali ke perlawanan pada separuh masa kedua.
Casemiro, yang memulakan
perlawanan Liga Perdana pertamanya sejak Oktober, dihukum kerana mengasari Neto dan Sarabia menyempurnakan sepakan penalti.
McTominay kemudian menggantikan Casemiro dan menjaringkan gol dengan sentuhan pertamanya. Pemain antarabangsa Scotland itu menanduk masuk tendangan sudut Bruno Fernandes.
Kilman menyumbat satu lagi gol untuk Wolves dari
sepakan sudut dan pada minit ke-95 Neto merembat masuk melepasi Andre Onana.
Mainoo, bagaimanapun, menghasilkan detik keajaiban untuk memastikan kemenangan liga pertama United di tempat lawan sejak November.
Anak buah Ten Hag boleh masuk ke kelompok enam teratas pada hari Ahad apabila mereka melayan kunjungan West Ham selepas
The Hammers diikat 1-1 di tempat sendiri menentang Bournemouth.
“Ia pencapaian besar untuk menang menang. Perlawanan ini mempunyai banyak cabaran,” tambah Ten Hag.
“Kami bermain dengan sangat baik dan menguasai permainan selama sejam. Kami sepatutnya menjadikan kedudukan 4-0, kami tidak melakukannya dan akhirnya cara kami melepaskan gol agak naif. Kami kemudian menunjukkan ketabahan, terutamanya Kobbie Mainoo.”
“Dia membuat kemajuan yang luar biasa. Dia mempunyai kebolehan yang ” hebat. Erik ten Hag Pengurus Man United