Barca rapatkan jurang dengan pendahulu liga Real Madrid
Barca menang 3-1 di Alaves dalam aksi La Liga Sepanyol dengan Roque dibuang padang selepas hanya 15 minit beraksi
BARCELONA: Barcelona menang 3-1 di Alaves dalam aksi La Liga Sepanyol pada Sabtu, dengan pemain remaja, Vitor Roque menjaringkan gol dan kemudian dibuang padang dalam aksi menarik selepas dimasukkan dari bangku simpanan.
Juara bertahan liga yang berada di tangga ketiga liga itu membuka jaringan menerusi gol Robert Lewandowski dalam separuh masa pertama dan menambah jaringan menerusi gol Ilkay Gundogan selepas rehat.
Samu Omorodion merapatkan kedudukan buat pasukan tuan rumah sebelum Roque, 18, menjaringkan gol ketiga dan beberapa minit kemudian, dia diarah meninggalkan padang.
Kemenangan Barca membantu mereka merapatkan jurang di belakang pendahulu liga, Real Madrid dengan kurang tujuh mata sebelum Real bermain lewat menentang kelab jiran, Atletico Madrid.
Mereka sudah menang dua perlawanan sejak jurulatih Xavi mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini.
“Ia tidak mempunyai kaitan dengan keputusan Xavi,” kata pemain pertahanan Barca, Jules Kounde.
“Pasukan tahu bahawa kami harus mengembalikan kekuatan kami tahun lepas, iaitu bertahan dengan baik dan bersaing dengan kuat.
“Berapa banyak bakat yang anda dalam pasukan, kami menentang pasukan berbakat yang juga mempunyai semangat – di gelanggang ini, anda harus mempunyai semangat dan kami memilikinya hari ini.”
Xavi menurunkan pemain pertahanan Andreas Christensen, di posisi tengah
bertahan buat kali pertama dalam kariernya bersama Barca, dengan kelab masih sukar mencari pengganti terbaik untuk Sergio Busquets.
Pemain pertahanan antarabangsa Denmark itu bermain dengan baik dan menunjukkan kepada Xavi bahawa dia memiliki satu pilihan di masa hadapan, di hadapan pemain yang hilang perhatian, Oriol Romeu.
Alaves, di tangga ke-12, bermula dengan memberangsangkan dan mencemaskan pasukan pelawat di awal permainan tetapi gagal mengubah penguasaan bola kepada jaringan gol.
Barca berjaya membuka jaringan apabila Lewandowski menyempurnakan satu hantaran kemas Gundogan.
Ia adalah gol pertama penyerang antarabangsa Poland itu dalam La Liga sejak bulan Oktober.
Barca menambah jaringan selepas rehat apabila Pedri mengumpan bola kepada Gundogan, yang mengawal bola dengan kemas sebelum merembat ke pintu gol.
Alaves bangkit menerusi gol Omorodion, yang menanduk satu hantaran lintang Alex Sola selepas melepasi kawalan Ronald Araujo
Barca bagaimanapun tidak hilang fokus dan menjaringkan gol ketiga menerusi pemain gantian, Roque, yang tiba dalam pasaran perpindahan pemain bulan Januari dari kelab Brazil, Athletico Paranaense.
Bagaimanapun, penampilan Roque dari bangku simpanan hanya bertahan kurang 15 minit apabila dilayangkan dua kad kuning dalam masa yang singkat.
Kad kuning kedua adalah kerana kekasaran ke atas Rafa Marin, yang kelihatan satu kekasaran tidak sengaja tetapi tiada semakan oleh panel video bantuan pengadil (VAR) kerana peraturan di mana VAR tidak dapat memberi nasihat kepada pengadil untuk insiden kad kuning kedua.
Xavi berkata mereka akan
RANCAK: Pertembungan di antara pasukan Girona dan Real Sociedad di Stadium Montilivi di Girona. Perlawanan berkesudahan seri 0-0.
merayu kad merah Roque, yang mendakwa berlaku pilih kasih dalam La Liga kerana kritikan pegawai penyiaran terhadap rangkaian televisyen kelab.
“Kami akan merayu kerana ia jelas satu kesilapan, ia satu lagi kesilapan pengadil kepada kami,” kata Xavi.
“Ia jelas satu kad merah yang tidak adil.”
Pada perlawanan lain, Girona seri tanpa jaringan dengan Real Sociedad, menyebabkan mereka gagal memintas Real Madrid ke tangga teratas dan kini kurang satu mata di belakang dan bermain lebih satu perlawanan.
Valencia menewaskan Almeria 2-1 untuk naik ke tangga ketujuh liga.
Granada, yang berada di tangga ke-19 liga, seri 1-1 dengan Las Palmas, dan kini lima mata dari zon selamat selepas bermain lebih satu perlawanan berbanding tiga pasukan di hadapan mereka.
“Kami akan merayu kerana ia jelas satu kesilapan, ia satu lagi kesilapan pengadil kepada kami. Ia jelas satu kad merah yang ” tidak adil. Xavi Hernandez Jurulatih Barcelona