Tahun Naga diharap memberi limpahan kemakmuran
Lee juga berharap sambutan TBC kali ini akan membawa suasana lebih baik kepada kehidupan rakyat negeri ini
“Mudah-mudahan kita di Sarawak dilimpahi dengan kemakmuran dan hasil kita akan terus bertambah dan ” meningkat.
MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berharap agar ketibaan Tahun Naga akan memberi limpahan kemakmuran dan unsur-unsur positif kepada rakyat dan negeri ini.
Beliau juga berharap sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) kali ini akan membawa suasana lebih baik kepada kehidupan rakyat di negeri ini.
“Mudah-mudahan kita di Sarawak dilimpahi dengan kemakmuran dan hasil kita akan terus bertambah dan meningkat,” katanya.
Bercakapkepadapemberita semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka TBC beliau di Dewan Dato Permaisuri di Bandar Baru Permyjaya di sini, kelmarin, Lee mahu rakyat negeri ini terus mengukuhkan perpaduan dan kestabilan yang ada di Sarawak.
“Semoga perpaduan dan kestabilan di Sarawak akan menjadi lebih kukuh dalam Tahun Naga ini dan kekal sebagai model atau contoh, dalam konsep perpaduan dengan kepelbagaian kaum dan agama.
Lee memberitahu, beliau juga mahu rakyat di negeri ini dan di Miri khususnya mengekalkan perpaduan sediaadadenganmengeratkan hubungan sesama mereka pada musim perayaan dengan mengamalkan tradisi rumah terbuka.
Beliau berkata penganjuran majlis rumah terbuka pada musim perayaan bukanlah perkara baharu tetapi merupakan tradisi di negeri ini, dengan rakyat berbilang kaum, saling kunjung mengunjungi dan bersama
Dato Sri Lee Kim Shin Menteri Pengangkutan Sarawak
meraikan perayaan-perayaan yang disambut di negeri ini.
Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin melahirkan rasa bangga kerana dapat bertemu rakyat pada majlis rumah terbuka seperti itu.
Justeru katanya, penganjuran rumah terbuka beliau di sini memudahkan rakyat di kawasan Senadin datang beramai-ramai mengunjungi majlis tersebut dan bertemu dengan beliau danpemimpinSUPPkawasan
Senadin yang lain.
Beliau mendedahkan kawasan DUN Senadin memiliki populasi lebih 200,000 atau hampir separuh daripada penduduk bandar raya Miri.
Selain itu, ia merupakan kawasan yang luas terbentang dari Sungai Tujoh hingga ke sempadan Marudi yang merangkumi kawasan Kuala Baram, Tudan, Desa Senadin, Permyjaya, Vista Perdana, 11 kampung dan tiga rumah panjang, selain sebahagian kawasan Riam.