Tuntut Klinsmann dipecat segera
Pegawai tertinggi KFA mahukan jurutlatih itu dipecat selepas Korea Selatan tersingkir di separuh akhir pada Kejohanan Piala Asia 2023 Kami telah mencapai kata sepakat bahawa Klinsmann tidak mampu menggunakan kepimpinannya sebagai ketua jurulatih pasukan k
SEOUL: Pegawai tertinggi bola sepak Korea Selatan kelmarin mengesyorkan supaya jurulatih Jurgen Klinsmann dipecat, berkata ‘perubahan kepimpinan adalah perlu’ selepas mereka tersingkir di separuh akhir Piala Asia dan pemain bertelagah sesama sendiri.
“Kami telah mencapai kata sepakat bahawa Klinsmann tidak mampu menggunakan kepimpinannya sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan atas pelbagai sebab dan perubahan kepimpinan adalah perlu,” kata Hwangbo Kwan dari jawatankuasa pasukan kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).
Jawatankuasa itu bukan badan pembuat keputusan tetapi akan mengutarakan cadangannya kepada lembaga eksekutif KFA, yang akan membuat keputusan
“
”
muktamad.
Selepas mesyuarat selama tiga jam, Hwangbo berkata jawatankuasa itu telah memutuskan “persediaan taktikal Klinsmann gagal” semasa Piala Asia yang mengecewakan pasukan itu.
“Ada pendapat menyatakan bahawa Klinsmann gagal menunjukkan keazamannya untuk mencari bakat baharu dan dia gagal memahami konflik dalaman atau perasaan dalam kalangan ahli pengurusan,” katanya.
“Juga ada ulasan bahawa dia kelihatan tidak mengendahkan orang ramai di Korea semasa tempoh singkatnya di Korea Selatan dan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada dia,” tambahnya.
Klinsmann berada di bawah tekanan selepas Korea
Selatan tewas kepada Jordan 0-2 minggu lalu walaupun mempunyai skuad berbakat yang menampilkan pemain hebat seperti Son Heungmin.
Klinsmannmenghadirimesyuarat itu pada sidang video dari rumahnya di Amerika Syarikat, lapor agensi berita Yonhap. — AFP