Syarikat penerbangan Sarawak contohi perniagaan Emirates
Sarawak berusaha mencontohi Emirates yang tawar tambang lebih rendah berbanding syarikat penerbangan lain
Model perniagaan kita adalah serupa dengan apa yang Dubai, UAE lakukan di Emirates di mana tambang penerbangannya sangat rendah berbanding syarikat penerbangan lain yang telah membuka Dubai kepada dunia.
KUCHING: Syarikat penerbangan Sarawak akan beroperasi pada model perniagaan yang serupa dengan Emirates iaitu syarikat penerbangan berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, negeri ini sedang berusaha mencontohi Emirates yang menawarkan tambang penerbangan lebih rendah jika dibandingkan dengan syarikat penerbangan lain.
“Model perniagaan kita adalah serupa dengan apa yang Dubai, UAE lakukan di Emirates di mana tambang penerbangannya sangat rendah berbanding syarikat penerbangan lain yang telah membuka Dubai kepada dunia.
“30 tahun lalu, Dubai tidak mempunyai apa-apa tetapi hari ini, ia telah menjadi hab di Timur Tengah.
“Jika kita menggunakan model itu, kita boleh membawa pelancong masuk ke Sarawak dan itu akan memberi aktiviti ekonomi tambahan kepada rakyat kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hotel Sheraton Kuching
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
di sini, malam kelmarin.
Dengan pengambilalihan MASwings oleh Kerajaan Sarawak yang dijangka dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini, Abang Johari berkata, negeri ini tidak akan menjalankan syarikat penerbangannya pada model perniagaan biasa.
“Kita mempunyai model perniagaan kita sendiri. Anda tahu biasanya apabila anda melabur untuk projek tertentu, anda akan mengira pulangan pelaburan (ROI).
“Tetapi bagi Sarawak… kerana kita berada di sebuah pulau, kita memerlukan ‘jambatan’ untuk menghubungkan
kita dengan negara lain dan syarikat penerbangan ini akan berfungsi sebagai jambatan.
“Apabila kita melabur kirakira RM1 bilion untuk Jambatan Batang Lupar, kita tidak pernah bercakap tentang ROI jambatan itu kerana tujuannya adalah untuk memudahkan mobiliti supaya rakyat boleh
bergerak dan mengembara,” katanya.
Tambahnya, itu sebabnya model perniagaan Sarawak pada syarikat penerbangan sama seperti membina jambatan.
“Apa yang penting ialah kesan‘trickle-down’atau‘spinoff’ yang akan diukur sebagai kejayaan syarikat penerbangan ini,” katanya.
Abang Johari berharap pengambilalihan MASwings akan turut membantu menstabilkan tambang penerbangan terutama apabila rakyat Sarawak sentiasa terpaksa berhadapan dengan tambang penerbangan yang tinggi pada musim perayaan.
“Sebagaicontoh,sekarangini kita sedang menyambut Tahun Baharu Cina dan tambang penerbangan telah meningkat.
“Sebulan lagi, Hari Raya Aidilfitri dan tambang penerbangan akan meningkat lagi dan sekali lagi apabila kita menyambutGawaiDayakpada bulan Jun.
“Kita berada di bawah belas kasihan orang-orang ini. Jadi, apa yang kita lakukan adalah mempunyaisyarikatpenerbangan sendiri dan akan mengira berapakah potensi tambang penerbangan bagi mengelak orang lain menaikkan tambang penerbangan mereka,” katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah isterinya Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan pemilik Hotel Sheraton Kuching Tan Sri Yee Ming Seng.