Man City terus kejar rapat Liverpool
Kurangkan jurang mata kepada satu mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris
MANCHESTER: Erling Haaland meletakkan Manchester City kurang satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool tetapi juara bertahan itu dipaksa bekerja-keras sebelum menang 1-0 ke atas Brentford pada Selasa.
Penyerang utama menjaringkan banyak gol. Jangan mengkritik, dia akan menutup mulut anda. Dalam masa terdekat, dia akan kembali menjaringkan banyak gol.
Hanya dua mata memisahkan tiga tangga teratas liga dalam saingan kejuaraan yang menarik, dengan Arsenal kurang satu mata di belakang City dan berbaki 13 perlawanan sahaja lagi musim ini.
Haaland mahu menebus kekecewaannya apabila gagal menjaringkan gol ketika City diikat 1-1 oleh Chelsea hujung minggu lepas.
Tetapi penyerang antarabangsa Norway itu terpaksa menunggu sehingga 19 minit sebelum tamat permainan untuk memecah kebuntuan apabila mengejar hantaran Julian Alvarez sebelum merembat untuk koleksi gol yang ke-22 musim ini.
“Penyerang utama menjaringkan banyak gol. Jangan mengkritik, dia akan menutup mulut anda. Dalam masa terdekat, dia akan kembali menjaringkan banyak gol,” kata pengurus City, Pep Guardiola.
“Dia tidak beraksi selama dua bulan, kehilangan neneknya, ia bukan mudah
Pep Guardiola
menjadi manusia biasa.
“Kami bercakap tentang kegagalannya (menyempurna peluang ketika menentang Chelsea), dan saya menyedari ia selepas itu, tetapi dia tidak
berkata apa-apa tentang kematian neneknya.”
Guardiola, mengekalkan Kevin De Bruyne di bangku simpanan untuk sepanjang perlawanan ketika dia cuba
mengurangkan masa bermain pemain tengah antarabangsa Belgium itu selepas baharu kembali beraksi setelah lima bulan pertama berehat kerana kecederaan.
Kreativiti De Bruyne ternyata dirindui ketika City bergelut mengubah penguasaan bola kepada gol walaupun menikmati 70 peratus permainan dan memiliki 25 cubaan ke pintu gol lawan.
Brentford adalah pasukan terakhir yang meraih kemenangan di Stadium Etihad, 14 bulan yang lalu dan mereka mempunyai beberapa peluang untuk mencipta satu lagi kejutan.
Frank Onyeka gagal menewaskan penjaga gol City, Ederson pada pertengahan separuh masa pertama sebelum tendangan sudut Ivan Toney sedikit tinggi dari pintu gol.
Penjaga gol Brentford, Mark Flekken, paling sibuk sepanjang perlawanan apabila menepis cubaan Manuel Akanji dan dua cubaan Ruben Dias.
Oscar Bobb hampir membuka jaringan dalam separuh masa pertama dengan cubaannya sempat dikeluarkan sebelum melepasi garisan pintu gol oleh Ben Mee.
Bernardo Silva kemudian melihat tandukannya tersasar ketika Brentford berjaya bertahan sehingga masa rehat.
Harapan Liverpool dan Arsenal untuk satu kelebihan dalam saingan kejuaraan liga kelihatan cerah apabila City masih gagal menembusi benteng kebal lawan pada awal separuh masa kedua.
Namun City mengekalkan harapan menjadi pasukan pertama yang memenangi empat kejuaraan liga berturut-turut apabila Haaland menjaringkan gol ketiganya dari lapan perlawanan terakhir.
City seharusnya boleh menambah jaringan, dengan jumlah gol mungkin bakal menjadi penentu kejuaraan liga.
Phil Foden menjaringkan hatrik ketika kedua-dua pasukan bertemu kali pertama musim ini di Brentford tetapi pemain antarabangsa England itu dinafikan dua kali oleh Flekken.