Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan mula cemari udara

Indeks Pencemaran Udara di stesen ILP Miri mencatatka­n bacaan tidak sihat semalam.

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen ILP Miri semalam mencatatka­n bacaan 123, jam 10 pagi dan 114, jam 11 pagi iaitu pada paras tidak sihat sebelum turun ke paras sederhana jam 2 petang semalam dengan bacaan 95.

Ini berikutan jerebu menyelubun­gi ruang udara di kawasan utara itu sebelah pagi, ekoran kesan kebakaran hutan di Kuala Baram dan Sungai Adong semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba Lopeng memberitah­u, kebakaran hutan dan belukar di Sungai Adong merebak dalam keluasan 18 hektar.

"Pasukan Balai Bomba Lopeng dengan dibantu kakitangan sebuah syarikat memadamkan kebakaran menggunaka­n sumber air dari sebuah kolam untuk disalir ke sebuah parit berdekatan bagi membolehka­n operasi pemadaman.

"Bomba berjaya memadam satu ekar daripada kebakaran itu dan operasi pemadaman terpaksa ditangguhk­an atas faktor sudah gelap dan disambung semula hari ini (semalam)," katanya dalam satu kenyataan di sini malam kelmarin.

Pasukan bomba dibantu seramai 18 pekerja sebuah syarikat swasta dan tiga anggota polis dari Balai Polis Lutong, 13 kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran dan dua lagi pegawai Jabatan Alam Sekitar dalam operasi pemadaman itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MET) meramalkan fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 29 Mac ini dan berterusan hingga Mei akan datang.

Permulaan fasa ini menandakan berakhirny­a Monsun Timur Laut 2023/24 bermula sejak 11 November tahun lalu.

"Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah kondusif untuk kejadian ribut petir lazimnya membawa hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa singkat.

"Kejadian ini berlaku terutama waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjun­g Malaysia, barat Sabah serta selatan dan tengah Sarawak.

"Keadaan cuaca berpotensi menyebabka­n banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada strüktur tidak kukuh," menurut MET dalam kenyataan media semalam.

Dengan bermulanya fasa peralihan monsun, keadaan cuaca panas dan kering berlaku di kebanyakan tempat seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengaha­n April.

"Orang ramai dinasihatk­an lebih waspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

"Orang ramai juga boleh menghubung­i Hotline Jabatan 1-30022-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut," katanya.

 ?? ?? GIGIH: Pasukan bomba dibantu kakitangan agensi lain termasuk swasta gigih memadamkan kebakaran menggunaka­n sumber air dari kolam dan parit berhampira­n.
GIGIH: Pasukan bomba dibantu kakitangan agensi lain termasuk swasta gigih memadamkan kebakaran menggunaka­n sumber air dari kolam dan parit berhampira­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia