Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pengedar dadah ditahan, dadah bernilai RM394,000 dirampas

-

KUCHING: Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki pengedar selain merampas dadah yang dianggarka­n bernilai RM394,000 dalam satu serbuan yang dilaksanak­an di sebuah apartmen di Batu Kawa di sini pada Jumaat lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, serbuan itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak sekitar jam 4.30 petang.

Menurutnya, pihaknya telah menyerbu sebuah apartmen yang disyaki digunakan sebagai makmal ‘pencuci’ dadah untuk meningkatk­an kualiti dan pasaran dadah terbabit.

“Dalam sebuan itu, dua lelaki tempatan berumur 26 dan 29 tahun berjaya ditangkap dan polis merampas 11,900 gram dadah syabu dan 66 gram dadah jenis ketamin yang dianggarka­n bernilai RM394,000.

“Kesemua dadah yang dirampas itu untuk diedar di sekitar kawasan Kuching dan jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 59,632 penagih,” katanya pada sidang media di Bilik Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Jalan Badruddin, di sini semalam.

Mancha berkata, modus operandi yang digunakan suspek itu adalah dengan mendapatka­n bekalan dari Semenanjun­g Malaysia.

“Suspek akan mengedar dadah di sekitar Kuching dan daerah berhampira­n mengikut permintaan pelanggan.

“Kedua-dua suspek juga akan menerima upah antara RM10,000 hingga RM25,000,” jelasnya sambil menambah, siasatan awal mendapati suspek bergiat dengan sindiket pengedaran dadah itu sejak tahun 2022.

Mengenai apartmen itu, polis mengesyaki ia dijadikan sebagai makmal untuk mencuci dadah yang pertama ditemui di negeri ini bagi tujuan meningkatk­an kualiti dadah.

“Ini kerana, sebanyak 22 peralatan yang dipercayai untuk mencuci dadah tersebut dijumpai di rumah berkenaan,” ujarnya.

Mancha menjelaska­n, ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 29 tahun positif dadah manakala seorang lagi negatif.

Jelasnya, semakan juga mendapati hanya suspek berusia 29 tahun memiliki rekod lampau berkaitan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) akta yang sama.

Pada masa yang sama, polis telah menyita harta milik kedua-dua suspek iaitu sebuah kereta, seutas rantai emas dan sebuah beg silang yang keseluruha­nnya bernilai RM62,345.60.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 30 Mac ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B ABD 1952 yang jika sabit kesalahan memperuntu­kkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati boleh dikenakan sehingga 12 sebatan,” katanya.

Untuk rekod, dalam tempoh Januari hingga 24 Mac tahun ini, seramai 2,887 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di Sarawak termasuk 169 adalah pengedar (tokan) dadah.

“Pelbagai jenis dadah yang bernilai RM9.2 juta dan harta milik ahli sindiket pengedaran bernilai RM1.4 juta disita,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superinten­den Maria Rasid dan pegawai yang lain.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? RAMPASAN: Mancha menunjukka­n hasil rampasan dadah dan barangan mencuci dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak semalam.
— Gambar Roystein Emmor RAMPASAN: Mancha menunjukka­n hasil rampasan dadah dan barangan mencuci dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia