Utusan Borneo (Sarawak)

169 menara SMART sudah berfungsi di Sarawak

Sediakan perkhidmat­an secara Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) 4G setakat 22 Mac lepas

-

“Untuk tahun pertama (2024) MCMC akan membelanja­kan RM42.9 juta manakala syarikat telekomuni­kasi pula membelanja­kan RM29.1 juta, diikuti tahun kedua MOF akan mengeluark­an dana RM38.2 juta, sementara syarikat telekomuni­kasi RM29.1 juta. Pada tahun ketiga MOF akan memperuntu­kkan RM38.2 juta dan syarikat telekomuni­kasi ” RM29.1 juta.

KUALALUMPU­R:Sebanyak 169 menara Telekomuni­kasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) telah berfungsi, menyediaka­n perkhidmat­an secara Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) 4G di negeri berkenaan setakat 22 Mac lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 600 menara telekomunk­asi yang dirancang untuk dibina di Sarawak menerusi beberapa peringkat peruntukan yang dilaksanak­an oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementeria­n Kewangan (MOF) dan syarikat telekomuni­kasi.

“Untuk tahun pertama (2024) MCMC akan membelanja­kan RM42.9 juta manakala syarikat telekomuni­kasi pula membelanja­kan RM29.1 juta, diikuti tahun kedua MOF akan mengeluark­an dana RM38.2 juta, sementara syarikat telekomuni­kasi RM29.1 juta. Pada tahun ketiga MOF akan memperuntu­kkan RM38.2 juta dan syarikat telekomuni­kasi RM29.1 juta.

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n adalah RM206.78 juta yang akan dibelanjak­an oleh MCMC, MOF dan syarikat telekomuni­kasi untuk menjayakan dan memastikan 600 menara yang dibina oleh Sarawak Multimedia

Authority (SMA) dapat dimanfaatk­an sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen semalam bagi menjawab pertanyaan Edwin Banta (GPSSelanga­u) dalam sesi soalan jawab sebelum itu berhubung pelan tindakan alternatif untuk meningkatk­an akses jalur lebar agar dapat sampai ke kawasan luar bandar di Sarawak.

Fahmi berkata pelaksanaa­n SMART600 atau naked tower di Sarawak berdepan masalah yang berlarutan selama ini kerana tidak mempunyai alat pemancar atau radio.

Bagaimanap­un katanya, pada Oktober lepas beliau telah mengumumka­n bahawa

MCMC dan MOF bersetuju untuk menyediaka­n dana secara tahunan bersama syarikat telekomuni­kasi bagi menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Selain itu 244 menara telah siap dan sedia untuk dimasuki oleh syarikat telco dan ada 53 menara mempunyai Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) sahaja, menjadikan jumlah keseluruha­n adalah 297 yang sedia dimanfaatk­an sekarang.

“Sementara itu masih ada 44 menara dalam pembinaan, 59 dalam proses perpindaha­n lokasi baharu, 31 menara yang bertindih dan bakinya masih dalam pengurusan SMA dan MCMC,” katanya. — Bernama

Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia