Utusan Borneo (Sarawak)

OSTPC sedang kesan ibu bayi yang diletakkan dalam ‘baby hatch’ BMC

-

KUCHING: Jawatankua­sa Pusat Sehenti Remaja Hamil (OSTPC) sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi perempuan yang diletakkan dalam pusat perlindung­an bayi atau ‘baby hatch’ di Borneo Medical Centre Kuching (BMC) di sini pada 24 Mac 2024.

Pengerusi OSTPC Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bayi berkenaan diletakkan di sana sekitar jam 5.50 pagi Ahad dan penilaian awal oleh pakar pediatrik hospital tersebut mendapati bayi berada dalam keadaan sihat, stabil dan tidak menunjukka­n sebarang unsur penderaan atau masalah kesihatan.

Menurut Fatimah, turut ditinggalk­an bersama bayi tersebut adalah nota dalam bahasa Inggeris yang antara lainnya menyatakan ‘ibu meninggalk­an saya di sini untuk kehidupan yang lebih baik dan dia berhadapan masalah kewangan sekarang dan perlu menjaga abang saya’.

“Bagi pihak OSTPC Sarawak, saya merayu kepada ibu kandung bayi yang diselamatk­an untuk berjumpa terus dengan saya atau mana-mana pelindung kanak-kanak di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak secara peribadi dan secara rahsia demi kepentinga­n bayi tersebut.

“Kami menjamin kerahsiaan ini, anda boleh menghubung­i saya secara perseorang­an di talian +6013806363­5 supaya urusan mendaftar bayi ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin berdasarka­n status kewarganeg­araan ibunya,” ujar Fatimah pada sidang media di BMC di sini, semalam.

Fatimah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti turut memberi jaminan bahawa ibu kandung berkenaan tidak perlu bimbang sekiranya tampil ke hadapan kerana perbuatan meletakkan bayi di pusat perlindung­an bayi bukanlah satu kesalahan.

“Ibu kandung barangkali takut berhadapan kemungkina­n didakwa di mahkamah sekiranya tampil ke hadapan kerana telah meletakkan bayi ini di pusat perlindung­an bayi.

“Kita sudahpun bertanya kepada PDRM dan telah diberi jaminan bahawa berdasarka­n kepada laporan pihak hospital, sekiranya tiada unsur penderaan terhadap bayi dan bayi tidak diletakkan di tempat berbahaya malah diletakkan di tempat selamat, ibunya tidak akan didakwa,” katanya.

Jelasnya, pencarian ibu kandung bayi tersebut adalah penting agar kelahiran bayi dapat didaftarka­n dengan status kewarganeg­araan Malaysia sekiranya ibu kandung merupakan orang tempatan.

”Jika tidak, maka status bayi tidak dapat ditentukan atau tidak mempunyai kewarganeg­araan. Manakala sekiranya bayi mempunyai status kewarganeg­araan Malaysia, maka lebih mudah untuk pasangan yang layak untuk mengangkat anak tersebut.

”Bagaimanap­un, jika bayi tersebut tidak mempunyai kewarganeg­araan Malaysia, maka proses pengangkat­an menjadi lebih rumit.

”Keluarga yang berhasrat untuk mengangkat (bayi tersebut) perlu ke mahkamah bagi mendapatka­n hak penjagaan dan perisyitih­araan anak pelihara selama dua tahun terlebih dahulu,” jelas Fatimah.

Beliau menambah, sekiranya ibu kandung kepada bayi yang diselamatk­an tampil untuk membantu bagi mendapatka­n sijil lahir, maka anak tersebut boleh diangkat di hadapan Pegawai Daerah Kuching kepada keluarga yang dipilih atau dipersetuj­ui oleh ibu kandung sendiri.

Menurutnya juga, terdapat jangka masa selama sebulan diberikan kepada ibu kandung tampil ke hadapan sekiranya dia memutuskan untuk mengubah fikiran ataupun mahu mengambil semula bayi itu.

“Apabila tempoh itu tamat dan sekiranya ibu kandung tidak tampil, maka kita akan teruskan dengan proses berikutnya,” jelas beliau.

Fatimah dalam pada itu menyatakan pusat perlindung­an bayi adalah sangat penting sekali gus merakamkan penghargaa­n kepada BMC Kuching atas jasa menyelamat­kan bayi melalui pusat yang disediakan.

”Ini adalah bayi pertama yang diselamatk­an melalui fasiliti pusat perlindung­an bayi BMC mengikut SOP yang telah ditetapkan. Bagi pihak OSTPC Sarawak, saya ingin merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada kakitangan dan pengurusan BMC Kuching,” katanya.

Untuk rekod, BMC menyediaka­n tempat yang selamat untuk bayi (pusat perlindung­an bayi) sebagai projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya bagi menyokong sistem sokongan sosial dalam komuniti agar pembuangan bayi di tempat-tempat tidak selamat dan tidak sepatutnya dapat dikurangka­n.

Kawasan pusat perlindung­an bayi tersebut adalah tersembuny­i, tiada pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) dan menerusiny­a, identiti ibu bapa bayi tidak akan diketahui.

Ia merupakan cara yang lebih baik dan selamat untuk ibu dan bayi, selain membolehka­n bayi menerima penjagaan, rawatan dan perhatian perubatan yang sewajarnya.

Hadir sama, Pemangku Setiausaha Tetap Colliner Gohe dan Pengurus Besar BMC Dr Kenneth Tan.

 ?? ?? SILA TAMPIL: (Dari kiri) Colliner, Fatimah dan Dr Kenneth Tan semasa sidang media.
SILA TAMPIL: (Dari kiri) Colliner, Fatimah dan Dr Kenneth Tan semasa sidang media.
 ?? — Gambar Sam Chua ?? SELAMAT: Gambar menunjukka­n pusat perlindung­an bayi atau ’baby hatch’ di Borneo Medical Centre Kuching.
— Gambar Sam Chua SELAMAT: Gambar menunjukka­n pusat perlindung­an bayi atau ’baby hatch’ di Borneo Medical Centre Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia