Utusan Borneo (Sarawak)

Nanta arah JKR segerakan kerja pembaikan Jambatan Nanga Tisa

-

KUCHING: Menteri Kerja RayaDatoSr­iAlexander­Nanta Linggi telah mengarahka­n Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menyegerak­an kerja pembaikan Jambatan Nanga Tisa di Sungai Yong, Kapit yang runtuh pada 4 Mac lepas.

Kerja-kerja pembaikan segera ini katanya, adalah bagi membolehka­n penduduk di sekitar Sungai Yong dapat menikmati kemudahan jalan yang lebih selesa sebelum perayaan Gawai tiba.

“Saya telah turun untuk meninjau sendiri keadaan di lokasi terkesan dan difahamkan kerja-kerja penilaian struktur tanah dan sebagainya bagi pelaksanaa­n kerja pembaikan sedang dibuat oleh pihak berkuasa.

“Difahamkan juga pihak berkuasa telah membuat laluan sementara atau lencongan bagi membolehka­n aktiviti keluar masuk penduduk dari dan ke kawasan rumah panjang,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Susulan insiden jambatan runtuh itu, Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit menasihati semua penduduk mematuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa berwaspada dengan tanda halangan jalan yang diletakkan oleh pihak berkuasa.

Selesai lawatan ke lokasi jambatan runtuh itu, Nanta turut melawat penduduk dari 38 keluarga di Rumah Ngelai Nanga Tisa di Sungai Yong, rumah panjang baharu yang sudah siap dibina.

Beliau turut menyumbang RM1,000 bagi setiap keluarga di rumah tersebut dengan jumlah keseluruha­n RM38,000.

Beliau berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu semua keluarga menambah keselesaan di rumah masing-masing.

Nanta turut ke Sungai Yut bagi melihat keperluan penduduk di sana di mana beliau telah meluluskan geran RM113,000 untuk kegunaan penduduk di Rumah Ngindang Sungai Yut.

 ?? ?? TURUN PADANG: Nanta meninjau lokasi Jambatan Nanga Tisa di Sungai Yong, Kapit yang runtuh pada 4 Mac lepas.
TURUN PADANG: Nanta meninjau lokasi Jambatan Nanga Tisa di Sungai Yong, Kapit yang runtuh pada 4 Mac lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia